awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Indonesia minta Malaysia keluar pas kerja kepada PATI

Bernama
Bernama
10/06/2023
09:13 MYT
Imigresen Indonesia minta Malaysia keluar pas kerja kepada PATI
Datuk Ruslin Jusoh (kanan) dan rakan sejawatnya Silmy Karim mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya pada Selasa. - Gambar/ Bernama
JAKARTA: Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menjadi agenda utama pertemuan antara Imigresen Indonesia dan Malaysia baru-baru ini.
Mesyuarat itu dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh dan rakan sejawatnya Silmy Karim yang diadakan di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya pada Selasa.
"Lawatan ke Imigresen Malaysia bertujuan untuk mencari penyelesaian bagi PATI warga Indonesia yang bekerja supaya boleh menjadi pekerja sah," kata Silmy dalam satu kenyataan.
Pihaknya bersedia mengeluarkan pasport kepada PATI yang berkerja dan mencadangkan Imigresen Malaysia mengeluarkan pas kerja dengan prosedur tertentu sehingga mereka mempunyai dokumen lengkap.
Mesyuarat itu turut menyentuh mengenai usaha pencegahan jenayah pemerdagangan manusia.
Menurut kenyataan itu, terdapat 450,000 pekerja Indonesia yang direkodkan kerajaan Malaysia setakat ini, berbanding 1.5 juta pekerja yang direkod Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.
Malaysia telah menghantar pulang 11,000 pekerja Indonesia manakala seramai 309 warga Indonesia masih berada di Depot Tahanan Imigresen Malaysia.
Sebelum menghadiri mesyuarat itu, Silmy sempat meninjau Imigresen Indonesia di Pontianak dan Entikong, Kalimantan Barat yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia pada Isnin.
Beliau turut melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu yang merupakan pintu masuk antara Sarawak dan Kalimantan Barat, kira-kira 100 kilometer dari Kuching.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pati
#Indonesia
#Malaysia
#pas kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan