KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.
Pengarah Imigresen Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata kesemua yang ditahan dalam operasi dua itu itu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 24 hingga 59 tahun.
"Kewarganegaraan kesemua individu berkenaan belum dikenal pasti kerana dokumen yang digunakan masih dalam siasatan dan peranan kesemua suspek juga sedang disiasat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi kira-kira 10.30 malam Rabu lepas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sembulan Lama, enam pegawai Unit Risikan Jabatan Imigresen Sabah menahan tiga lelaki dan dua wanita didapati memiliki permit masuk yang disyaki palsu.
Katanya antara barangan dirampas daripada mereka ialah 28 dokumen permit masuk, 16 dokumen surat arahan pembayaran permit masuk, 15 resit pembayaran permit masuk dan 28 borang permohonan Dokumen Orang Asing Khas (IMM13), yang kesemuanya disyaki paslu.
Sh Sitti Saleha berkata hasil soal siasat terhadap mereka, anggota JIM Sabah bertindak menyerbu kawasan Riverside Sembulan kira-kira 1 tengah hari semalam dan menahan seorang wanita.
"Pemeriksaan terhadap wanita itu menemukan 18 resit pembayaran Pendaftaran Kad Pengenalan MyKad yang disyaki palsu dan wang tunai sebanyak RM744.
"Hasil siasatan lanjut terhadapnya, anggota JIM Sabah menggeledah sebuah rumah di sekitar Kuala Menggatal dan menemukan lapan resit rasmi pembayaran JIM, lapan surat arahan pembayaran permit masuk yang disyaki palsu, 15 borang permohonan kad pengenalan lengkap dengan gambar dan cap jari," katanya.
Beliau berkata sindiket berkenaan disyaki telah beroperasi sejak April 2022 dan mengaut keuntungan sekitar RM60,000 hingga RM100,000.
"Usaha sedang dilakukan bagi mengesan seorang lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini dan dipercayai berada di sebuah negeri di Semenanjung. Kita juga sedang menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada kes ini berkaitan dengan kes-kes yang berlaku di Sabah sebelum ini," katanya.
Sh Sitti Saleha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 55D dan Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen 1959/63 serta pihaknya akan terus komited mempergiat Ops Serkap dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan Imigresen yang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

Kesemua yang ditahan dalam operasi dua itu itu terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 24 hingga 59 tahun.- - Gambar fail

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

Sindiket perjudian didalangi warga asing tumpas
Jabatan Imigresen melumpuhkan rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing susulan beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan semalam.

Tiga 'transporter' ditahan disyaki bawa masuk 15 pendatang tanpa izin
Operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang tanpa izin berusia 24 hingga 54 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia.

JIM Negeri Sembilan serbu penempatan haram, 32 ditahan
JIM Negeri Sembilan menahan 32 pendatang tanpa izin termasuk 15 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam serbuan di sebuah penempatan haram berhampiran Bandar Ainsdale di sini, awal pagi tadi.

Judi sabung ayam: 43 lelaki termasuk warga asing ditahan
Serbuan yang dibuat sekitar jam 4.15 petang itu berjaya menahan 27 lelaki tempatan dan 16 lelaki warga asing, berumur di antara 22 hingga 60 tahun.

Polis tahan tiga individu disyaki eksploitasi pekerja warga asing
Serbuan pada 8.30 malam semalam di kawasan Bandar Botanic 2, Klang membawa kepada penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 67 tahun yang merupakan majikan.

9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen
Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Langgar syarat lesen, lima kru Myanmar ditahan
Bot kelas C yang mencurigakan itu ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.05 petang di lokasi kira-kira 20 batu nautika dari Muara Kuala Pahang.

PGA tahan empat pemandu treler seludup masuk pendatang asing
Pemeriksaan ke atas treler bermuatan barangan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran itu dilakukan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.