MALAYSIA
Imigresen Selangor tahan, siasat 3,367 warga asing sejak awal tahun

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin bercakap ketika sidang media selepas Jabatan Imigresen Selangor melakukan satu serbuan di sebuah kilang aluminium membuat bingkai cermin di Jalan Meru pada Selasa. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Selangor menahan dan menyiasat 3,367 warga asing menerusi beberapa siri operasi bermula awal tahun sehingga Julai lepas.
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Selangor menahan 3,367 warga asing dari Januari hingga Julai, dengan Petaling mencatat tangkapan tertinggi (2,208 orang).
- Daripada jumlah tangkapan, 1,030 diusir, 888 didakwa di mahkamah, 315 dikompaun, dan 1,134 dibebaskan selepas siasatan.
- Imigresen Selangor menyeru penduduk untuk menyalurkan maklumat bagi membantu kawalan warga asing di negeri tersebut.
Beliau berkata warga Myanmar mendominasi Depot Imigresen Semenyih dengan 655 orang diikuti Indonesia (123), Bangladesh (98), India (35), Pakistan (20) dan lain-lain (46).
Daripada aspek pendakwaan, Khairrul Aminus berkata sejumlah 839 kes telah dibicarakan dengan kesalahan tinggal lebih masa merupakan kesalahan tertinggi iaitu 422, diikuti masuk dan tinggal di negara ini tanpa passport atau pas yang sah 384 kes, dengan kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
Beliau seterusnya menggesa orang ramai terutamanya penduduk di Selangor untuk berkongsi sebarang maklumat dengan pihak Imigresen Selangor bagi mengawal jumlah warga asing di negeri ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami