awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing

Bernama
Bernama
14/12/2024
15:15 MYT
Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 50 warga asing termasuk seorang 'pengurus syarikat' dalam serbuan di sebuah kilang jahitan pakaian di Cheras, Rabu lepas. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 50 warga asing termasuk seorang 'pengurus syarikat' dalam serbuan di sebuah kilang jahitan pakaian di Cheras, di sini, Rabu lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata 49 daripadanya terdiri daripada 34 lelaki Bangladesh dan 15 wanita Myanmar dipercayai tukang jahit berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun manakala pengurus berkenaan iaitu lelaki Bangladesh berusia 46 tahun disyaki menggajikan pendatang asing.
Beliau berkata operasi khas bermula 9.15 malam itu disertai sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran serta Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
"Serbuan dijalankan selepas JIM menerima aduan awam dan risikan selama dua minggu.
"Hasil pemeriksaan, pasukan operasi turut merampas 40 kad perakam waktu dan peralatan menjahit. Syarikat terbabit telah beroperasi selama dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata pengurus syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, manakala kesemua pendatang asing pula di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#tahan warga asing
#Cheras
#pengurus syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan