awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang tanpa izin

Bernama
Bernama
06/03/2025
15:45 MYT
Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi.
Pengarah Imigresen Selangor Khairul Aminus Kamaruddin berkata mereka terdiri daripada lima lelaki dan 75 wanita berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun dan merupakan warga Bangladesh, Laos, Thailand serta Vietnam.
"Mereka dipercayai bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan itu dan semasa soal siasat, ada yang cuba menyamar sebagai teman wanita kepada pengunjung pusat hiburan warga tempatan, namun taktik itu tidak berhasil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Op Gegar bermula 10.30 malam itu dilaksanakan selepas risikan dilakukan selama dua minggu susulan aduan orang ramai mengenai kehadiran pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.
Kesemuanya dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut mengikut Seksen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#serbu
#pusat hiburan
#pendatang tanpa izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan