awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar

Bernama
Bernama
13/01/2024
03:00 MYT
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar
Imigresen menahan pengemis asing di sekitar pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar, Kuala Lumpur semalam dan menahan 10 warga asing. - Foto Facebook/Imigresen
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 10 warga asing termasuk empat kanak-kanak yang mengemis di perkarangan sebuah masjid di Bangsar di sini, tengah hari semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata 13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing yang sering berlaku di kawasan terbabit.
"10 pengemis warga asing berusia dua hingga 41 tahun ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Tiga lagi individu yang ditahan dibebaskan kerana merupakan warga tempatan," katanya.
Ruslin berkata warga asing yang ditahan itu terdiri daripada tiga warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar termasuk empat kanak-kanak.
Beliau berkata semua warga asing itu ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#mengemis
#masjid
#Bangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan