awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema

Bernama
Bernama
29/08/2024
14:50 MYT
Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema
Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) selepas menahan lima lelaki warga Bangladesh dalam serbuan di sekitar Petaling Jaya semalam. - Foto JIM
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) selepas menahan lima lelaki warga Bangladesh dalam serbuan di sekitar Petaling Jaya semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata susulan penahanan seorang lelaki Bangladesh yang disyaki 'dalang utama' sindiket itu, pihaknya menyerbu sebuah premis kediaman dan berjaya menahan empat lagi lelaki Bangladesh yang dipercayai pembantunya.
Beliau berkata modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warganegara asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema, iaitu mereka akan menggunakan khidmat pembantu sindiket dengan bayaran RM100 untuk setiap pasport bagi tujuan mendapatkan dokumen itu.
Pembantu sindiket itu akan hadir ke klinik panel Fomema untuk memohon dengan menggunakan maklumat di pasport yang disyaki palsu, dan Ruslin berkata siasatan mendapati kesemua pembantu sindiket telah hadir sebanyak 19 kali di klinik panel berlainan.
"Semakan awal mendapati 'dalang utama' itu telah tinggal lebih masa manakala yang lainnya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada dalam negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ruslin berkata sindiket yang dipercayai telah beroperasi selama kira-kira empat bulan itu menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan mereka, dengan kadar bayaran yang dikenakan adalah RM500 untuk setiap perkhidmatan.
Beliau berkata dalang utama itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(a) dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 manakala empat lelaki yang lain ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966.
"Kesemua warganegara asing ditahan di Depot Imigresen Putrajaya bagi siasatan lanjut, dan seorang lelaki tempatan telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#sindiket pemalsuan dokumen Fomema
#Bangladesh
#Ruslin Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan