awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China

Bernama
Bernama
08/09/2024
12:45 MYT
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas. - Foto Facebook Imigresen Johor
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di sini Khamis lepas.
Pengarah JIM negeri Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata kesemua tiga lelaki dan tiga wanita berumur dalam lingkungan 51 hingga 63 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.20 petang.
Beliau berkata tindakan itu diambil hasil maklumat awam dan intipan selama dua bulan terhadap kegiatan warga asing yang menjadikan sebuah pangsapuri di bandar raya ini sebagai lokasi pertemuan bagi menyerahkan hasil kutipan mengemis.
"Sindiket terbabit didalangi dua wanita yang mengutip hasil mengemis daripada rakan lelaki mereka yang kudung sebelah kaki dan sebelah tangan serta mereka turut menjadi up line kepada semua OKU berkenaan dan mengagihkan hasil imbuhan.
"Modus operandi pengemis OKU ini ialah menggunakan pelbagai taktik bagi meraih simpati dengan menggunakan kekurangan dan kecacatan mereka, selain turut berpura-pura sakit bagi mendapatkan sumbangan orang ramai," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasmi jabatan itu hari ini.
Mohd Rusdi berkata hasil siasatan awal mendapati kesemua pengemis itu mampu meraih pendapatan sebanyak RM2,400 hingga RM12,000 seorang sebulan manakala pengemis OKU dipercayai turut menerima imbuhan hingga RM1,200 sebulan.
"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM4,682 dan beberapa keping wang luar negara (asing).
"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55E dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#sindiket pengemis jalanan OKU
#warga china
#Op Serkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan