JOHOR BAHRU: Selepas enam tahun berusaha, impian seorang warga emas untuk bergelar doktor falsafah akhirnya tercapai, pada usia 70 tahun.
Abdul Rahim Ramli yang melanjutkan pengajian dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah, berkata gelaran itu diidam-idamkannya sejak dahulu dan beliau menanam azam untuk berusaha mencapai impiannya itu selagi kesihatan masih baik.
Bekas pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 2006 hingga 2019 itu berkata, beliau terdorong untuk menyambung pengajian selepas melihat rakan-rakan pensyarah lain telah pun mempunyai gelaran doktor dan profesor.
"Semasa menjadi pensyarah sambilan, sekeliling saya adalah doktor dan profesor dan saya tersedar bahawa saya perlu berusaha untuk merasai sendiri gelaran itu.
"Tanpa disedari selama enam tahun saya melanjutkan pengajian sepenuh masa, akhirnya sampai juga ke tahap ini," kata bekas penjawat awam itu kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-64 (MK64), di sini hari ini.
Bapa kepada tiga cahaya mata dan datuk kepada 10 orang cucu itu berkata dia bersyukur kerana tidak menghadapi kesukaran sepanjang tempoh pengajian, terutama dalam menyiapkan kajiannya mengenai penglibatan anggota komuniti dalam pembangunan karbon rendah.
"Saya dapat sokongan yang baik daripada anak-anak dan isteri yang sentiasa menemani saya dan rakan-rakan.. syukur tiada kesukaran," katanya yang juga anak jati Pontian.
Abdul Rahim turut menasihati golongan muda agar sentiasa mencabar diri untuk menyambung pengajian dan tidak mensia-siakan waktu mereka.
"Orang muda perlu belajar dan jangan lepas peluang, jangan leka dengan hiburan, gaji besar dan sebagainya, sehingga kurang minat menuntut ilmu.
"Pandemik COVID-19 ini tidak boleh dijangka, jadi mereka perlu buat persediaan awal kerana kita tidak tahu apa lagi dugaan yang kita akan hadapi pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, dua beradik Dr Sarah Atifah Saruchi, 32, dan Dr Sarah Athirah Saruchi, 30, gembira kerana berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah pada masa yang sama selepas tiga tahun pengajian sepenuh masa.
Sarah Atifah yang mendalami bidang kejuruteraan berkata beliau dan adiknya Sarah Athirah (perbankan Islam) saling memahami sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih seronok apabila mereka sering bersama.
"Kalau boleh bagi analogi, kami berdua ini umpama pemain badminton beregu, turun ke gelanggang bersama-sama menangkis segala kesukaran yang datang dan jurulatih kami adalah pensyarah dan ibu bapa, manakala kawan-kawan pula adalah penonton," katanya.
MK64 UTM melibatkan seramai 8,956 graduan iaitu Ijazah Doktor Falsafah (748), Ijazah Sarjana (1,915), Ijazah Sarjana Muda (4,326) dan Diploma (1,967).
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah yang merupakan Canselor UTM turut berkenan berangkat merasmikan upacara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Abdul Rahim (kiri) yang melanjutkan pengajian dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah, berkata gelaran itu diidam-idamkannya sejak dahulu. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.
Tragedi UiTM Dungun: Hajat Mal nak pakai jubah konvo sekali lagi tak kesampaian
Muhammad Zhafran memuat naik beberapa keping gambar bersama arwah ketika Majlis Konvokesyen di Politeknik Merlimau pada November tahun lalu.
Kerja sambilan untuk beli tiket penerbangan hadir konvokesyen, namun bapa "pergi" dulu
Juline Ulana terkilan kerana bapanya tidak sempat menyaksikan dia naik ke pentas menerima skrol.
Baru bergraduasi, gaji bulanan sudah RM15,000
Beliau yang kini bergelar pembangun laman sesawang, merupakan graduan kohort pertama untuk program berkenaan di UUM sejak diperkenalkan pada 2019.
1,908 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen ke-15 USAS, jumlah paling ramai
Istiadat konvokesyen tersebut akan berlangsung selama dua hari dengan empat sidang, setelah dua tahun diadakan secara maya.
PKP tidak halang pasangan polis genggam ijazah sarjana
Mohd Hafiz Hafizul dan Siti Narika diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini.
Status atlet tidak halang An Najwa genggam ijazah
"Walaupun banyak perkara terpaksa dikorbankan, tetapi pada akhirnya ia berbaloi!"
Kesesakan luar biasa, graduan USM nekad kendong jubah tumpang motosikal hadir konvokesyen
Kevin nekad turun dari kenderaan yang dinaikinya dan mencuba nasib menahan penunggang-penunggang motosikal yang sedang menghala masuk ke Pulau.
Ayah meninggal dunia pada hari akhir peperiksaan, pelajar USM ini fokus peroleh kecemerlangan
"Ia adalah kehendak ayah yang mahu anak-anaknya berjaya walaupun dia sudah tiada di sisi kami."
Guru al-Quran maut, tak sempat hadir konvo
Graduan Diploma Pengajian Islam Kolej Uniti Port Dickson itu dijadual menghadiri konvokesyen minggu depan.