KUCHING:Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini mengumumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang permit mengimport hidupan liar eksotik yang hidup ke negeri itu, sehingga diberitahu kelak.
Pengawal Hidupan Liar SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman yang boleh dibawa oleh haiwan eksotik luar negara yang dibawa masuk secara haram untuk dipelihara sebagai haiwan peliharaan.
"Sekiranya (haiwan hidup ini) diimport secara haram, haiwan peliharaan eksotik itu tidak akan melalui pemeriksaan kesihatan veterinar atau awam.
"Ia mungkin mempunyai virus yang tidak diketahui atau lain-lain patogen yang boleh merebak di kedai haiwan peliharaan serta rumah penduduk negeri ini," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh SFC.
Beliau berkata apabila haiwan peliharaan eksotik diimport itu dilepaskan ke hutan atau laluan air di negeri ini, mereka akan menghabiskan sumber makanan haiwan tempatan dan yang lebih agresif akan membunuh spesies tempatan sehingga menyebabkan pengurangan jumlah haiwan asal.
"Penurunan besar dapat dilihat contohnya terhadap spesies burung munia yang disebabkan kemasukan Eurasian Tree Sparrow (burung padi) yang eksotik," katanya.
Zolkipli berkata SFC akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kawalan sempadan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengawal penyeludupan spesies eksotik ke negeri ini.
Katanya penyitaan akan dilakukan di kawasan kawalan sempadan seperti lapangan terbang, pelabuhan, pusat pemeriksaan kastam dan juga kedai haiwan peliharaan yang tidak memiliki lesen atau permit yang sah.
"Dalam tempoh enam bulan ini, SFC akan menandakan binatang liar eksotik yang berlesen di Sarawak dan menjalankan pemeriksaan kesihatan verterinar ke atas haiwan ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020
Zolkipli berkata SFC akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kawalan sempadan seperti Kastam dalam mengawal penyeludupan spesies eksotik ke Sarawak. - Foto Facebook sfcsarawak
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir
Perhilitan sedia memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.
10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan
Pengisytiharan itu diharapkan dapat memangkin lebih banyak penyertaan aktif dalam aktiviti pemuliharaan hidupan liar.
BORA, RESPECT promosi kaedah baharu urus konflik gajah-manusia
Pendekatan itu termasuk membangunkan kawasan makanan gajah di lokasi tertentu, jauh dari kawasan ladang dan kebun.
Perhilitan Kelantan selamatkan tapir jatuh longkang
Haiwan itu dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Jedok yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.
Kazakhstan akan bawa dua harimau belang Amur dari Belanda untuk pulihkan semula populasinya
Harimau belang Amur boleh menyesuaikan diri dengan suhu sejuk, manakala kebanyakan spesies lain hidup di kawasan yang panas dan lembap.
Harimau Malaya: Simbol gagah, hampir pupus sudah
Harimau Malaya kini diklasifikasikan sebagai Sangat Terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.