PUTRAJAYA: Permintaan pengguna serta faktor tukaran mata wang asing menyebabkan nilai import makanan negara meningkat hingga mencecah RM62 bilion setahun berbanding RM48 bilion sebelum ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menekankan negara tidak boleh selamanya bergantung kepada import makanan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup berkata semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan perlu bekerjasama memberi fokus kepada keterjaminan makanan dan memastikan permintaan di dalam negara mencukupi.
"Kalau kita bergantung kepada makanan import, ia akan menjadikan negara ini secara teknikalnya bakal menghadapi kebankrapan.
"Jika kita dapat selamatkan RM60 bilion ini, lebih tepat, RM62 bilion melalui pengeluaran makanan tempatan, bukan sahaja kita dapat kurangkan pertukaran asing tetapi juga dapat merangsang ekonomi domestik," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini hari ini, yang turut disaksikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Ahmad Zahid berkata semua agensi pembangunan wilayah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk membantu negara mengurangkan kebergantungan import makanan.
"Hal yang sedemikianlah kita mesti proaktif bukan sahaja dari segi agromakanan tetapi juga ternakan, dan tentunya usaha-usaha ini mesti dilakukan dengan cara holistik.
"Kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan jangan lagi bertindak secara solo, mesti bergerak sebagai sebuah entiti besar dan tentunya rakyat akan melihat bagaimana usaha-usaha ini dilakukan," katanya.
Mengenai MoU hari ini, Ahmad Zahid berkata ia merupakan langkah permulaan antara MARDI dan agensi pembangunan wilayah di bawah KKDW untuk membantu KPKM meningkatkan pengeluaran makanan di dalam negara.
"Ini bukan hanya membantu KPKM, ia juga membantu negara dan tentunya produk-produk penghasilan daripada penyelidikan MARDI akan digunakan sebagai satu keberhasilan bagi aktiviti pengkomersialan.
"Produk-produk yang akan diperhasilkan ini adalah produk-produk pertanian yang berteknologi tinggi. Ertinya kita mempunyai pendekatan supaya kos rendah, impak tinggi," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, MoU itu merangkumi kerjasama dalam melaksana aktiviti pemindahan teknologi, pengetahuan dan khidmat nasihat teknikal yang dihasilkan daripada penyelidikan yang dijalankan oleh MARDI kepada agen pengembangan dan usahawan di wilayah Johor Tenggara.
Menerusi kerjasama itu juga, beliau berkata Kejora bakal membangunkan sebuah ladang tanaman kelapa secara komersial berserta kilang pemprosesan santan, yang purata pengeluaran hasil bagi buah kelapa dijangka mencecah 600 metrik tan setahun.
Beliau berkata projek itu dijangka memberikan impak secara langsung kepada 110 penduduk di kawasan wilayah Kejora yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan operasi kilang pemprosesan santan serta buruh ladang yang akan diuruskan oleh anak syarikat Kejora iaitu Kejora Agro Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Ahmad Zahid berkata semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan perlu bekerjasama memberi fokus kepada keterjaminan makanan dan memastikan permintaan di dalam negara mencukupi. - Gambar fail
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Ringgit lemah: FDI, DDI masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir - Penganalisis
Mata wang Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Tempatan (DDI) yang direkodkan ketika ini masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir.
Import makanan negara meningkat RM62 bilion setahun - Zahid
Permintaan pengguna serta faktor tukaran mata wang asing menyebabkan nilai import makanan negara meningkat hingga mencecah RM62 bilion setahun berbanding RM48 bilion sebelum ini.
Jurusolek kerugian RM100,000, lesen perniagaan pengurup wang dijanjikan lesap
Kejadian dilaporkan berlaku pada Januari 2017 selepas mangsa berkenalan dengan suspek yang kononnya boleh mendapatkan lesen perniagaan dengan cepat.
Langkah Bank Negara mampu kukuhkan ringgit - PM Najib
Perdana Menteri percaya sebagai sebuah badan pengawal selia dasar monetari negara, langkah yang dibuat oleh BNM akan memberi keyakinan kepada pasaran untuk mengambil langkah tertentu.