Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.1 peratus pada Oktober 2025 - Perangkaan

Mohd Uzir berkata sektor pembuatan merosot 0.6 peratus pada Oktober 2025, disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis serta pembuatan produk komputer, elektronik dan optikal. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meneruskan aliran menurun apabila susut 0.1 peratus pada Oktober 2025, selepas penurunan 0.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ringkasan AI
- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia terus menurun, susut 0.1 peratus pada Oktober 2025 selepas penurunan 0.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
- Sektor pembuatan merosot 0.6 peratus disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis serta pembuatan produk komputer, elektronik dan optikal.
- Walaupun demikian, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 2.7 peratus, manakala sektor utiliti mencatatkan peningkatan dalam indeks bekalan elektrik, gas, dan bekalan air pada Oktober 2025.
Namun begitu, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 2.7 peratus (September 2025: 7.8%), disumbangkan oleh indeks penanaman tanaman kekal dan pengeluaran ternakan (3.0 peratus).
Sementara itu, bagi sektor utiliti, kedua-dua indeks bekalan elektrik dan gas serta bekalan air masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 4.3 peratus dan 10.8 peratus.
Berbanding beberapa negara terpilih, Mohd Uzir berkata IHPR bagi Oktober 2025 menunjukkan pola bercampur-campur, dengan Jepun meningkat 2.7 peratus, berbanding 2.8 peratus pada bulan sebelumnya.
"Sebaliknya, China kekal dalam deflasi pengeluar, dengan IHPR turun 2.1 peratus berbanding penurunan 2.3 peratus pada September 2025.
"IHPR Thailand juga turun 1.4 peratus, berbanding penurunan 2.4 peratus pada bulan sebelumnya. Ini merupakan lapan bulan berturut-turut inflasi pengeluar negatif tahun ke tahun, trend yang sama dengan Malaysia," kata beliau.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


