KUALA LUMPUR: Penurunan berterusan indeks harga pengguna serta langkah mengurangkan air tidak terhasil antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) pada sesi soal jawab meminta Menteri Ekonomi menyatakan mengapa indeks harga pengguna telah menurun berterusan sehingga ke paras paling rendah iaitu dua peratus dan apakah kategori barangan serta perkhidmatan yang mempengaruhi angka itu.
Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) pula bertanyakan kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengenai langkah kerajaan bagi mengurangkan air tidak terhasil untuk negeri yang peratusnya lebih tinggi daripada purata nasional (37.2 peratus) seperti Kedah.
Selain itu, Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengutarakan soalan kepada Menteri Kerja Raya berhubung rancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan agar kesesakan lebuh raya seperti di Tol Bentong dan Tol Gombak dapat dikurangkan.
Khairil Nizam turut bertanyakan sekiranya kerajaan bersetuju lampu solar dipasang di lebuh raya yang tidak mempunyai lampu jalan.
Turut dijadualkan, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjelaskan mengenai pelan tindakan meningkatkan sumber protein berasaskan hidupan laut yang menjadi keperluan rakyat dan strategi mapan bagi meningkatkan hasil pendapatan nelayan darat.
Usai sesi itu, persidangan akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki minggu kedua selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt ini.
Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Persidangan akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki minggu kedua. - Foto fail/BERNAMA
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
Airbus beri amaran, isu Boeing boleh jejas seluruh industri
Masalah teknikal yang sedang dihadapi pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing boleh membebankan seluruh industri penerbangan.
Menurut pesaing utamanya, Airbus, masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan berkenaan keselamatan dan nasib penumpang di dalam penerbangan.
Menurut pesaing utamanya, Airbus, masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan berkenaan keselamatan dan nasib penumpang di dalam penerbangan.
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Polis Indonesia (Polri) telah menahan Chaowalit Thongduang, buruan paling dikehendaki di Thailand di Bali pada pagi Khamis.
Dia yang juga dikenali sebagai Sia Paeng Nanod dikehendaki selepas melarikan diri selama tujuh bulan.
Dia yang juga dikenali sebagai Sia Paeng Nanod dikehendaki selepas melarikan diri selama tujuh bulan.
Konflik Gaza cabar nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Konflik di Gaza telah mencabar nurani sebagai seorang manusia serta menguji keberanian penduduk dunia untuk menentang dan mengutuk tindakan pembunuhan beramai-ramai di oleh Israel.
Konflik Gaza cabar hati nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Malaysia kekal dengan pendirian menyokong gencatan senjata serta-merta dan menyambut baik sebarang cadangan yang membantu ke arah mencapai matlamat itu.
PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang serah senarai pendek nama calon
PKR Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Tiada tangkapan terbaru
Tiada tangkapan terbaru dilakukan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada Disember lalu.
Program Jom Jalan Bersama NPC tarik lebih 200 penyertaan
Program 'Jom Jalan Bersama NPC' yang julung kali diadakan, berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari kalangan bekas atlet, wartawan, anak muda dan orang ramai.
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.