MALAYSIA
Indeks jenayah seluruh negara menurun 2.7 peratus untuk 2016

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, jumlah itu menjadikan hanya 112,000 kes direkodkan berbanding 115,225 kes dalam tempoh sama tahun lalu. - Foto Bernama
Kadar indeks jenayah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 mencatatkan penurunan 2.7 peratus.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, jumlah itu menjadikan hanya 112,000 kes direkodkan berbanding 115,225 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, daripada jumlah itu lebih 50 peratus kes telah berjaya diselesaikan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan penurunan lima peratus pada tahun akan datang.
Dalam pada itu katanya, pihak PDRM akan sentiasa memastikan keanggotaan di Melaka mencukupi memandangkan tumpuan pelancong ke negeri itu dilihat menunjukkan peratusan peningkatan yang tinggi tahun ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami