KUALA LUMPUR: India dan Malaysia boleh bekerjasama dalam pelbagai bidang dalam industri pertahanan, daripada pembekalan perkakasan pertahanan yang kompleks seperti pesawat, kapal dan lain-lain sehinggalah kepada mengusahakan bersama-sama teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan dan Teknologi Kuantum, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy.
Beliau berkata New Delhi juga sedang mengkaji untuk meningkatkan penglibatannya dengan Malaysia, termasuk dalam latihan pelbagai hala, pertukaran tetap anggota tentera, Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan, kerjasama industri pertahanan serta menyediakan sumber alternatif untuk Penyelenggaraan, Pembaikan, Baik pulih (MRO) dan alat ganti.
Reddy berkata persamaan dalam struktur organisasi, etos dan kemudahan komunikasi, membolehkan kedua-dua negara berinteraksi secara lebih bermakna.
"Penglibatan pertahanan India dengan Malaysia merupakan sebahagian daripada perkongsian strategik kami yang dipertingkat," katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik India-Malaysia baru-baru ini.
Reddy berkata kerjasama pertahanan antara India dan Malaysia adalah berpandukan kepada Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 1993.
Beliau berkata India mempunyai hubungan pertahanan yang teguh dengan Malaysia sejak enam dekad lalu.
Ini termasuk ceramah untuk anggota, pertukaran latihan, pertukaran pakar subjek, latihan dua hala, lawatan kapal, lawatan delegasi dan lain-lain.
Reddy berkata Pasukan Latihan Tentera Udara India ditempatkan di Malaysia selama dua tahun (2008-2010) untuk melatih juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan Su-30 MKM.
"Kedua-dua pihak juga mempunyai platform yang sama dan kami berharap dapat bekerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan pertahanan. India, dan Malaysia juga menganggotai pelbagai forum serantau dan antarabangsa yang sekali gus dapat berkongsi maklumat dan amalan terbaik," katanya.
Beliau berkata pada Mei lepas, Tentera Laut India dan Tentera Laut Diraja Malaysia menjalankan Latihan Tentera Laut dua hala SAMUDRA LAKSAMANA di luar pantai Kota Kinabalu, manakala pada Ogos, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara India (IAF) menjalankan Latihan Udara dua hala UDARA SHAKTI 2022 (EX US22) selama empat hari di Kuantan.
Kapal tentera laut India, INS SUMEDHA baru-baru ini berlabuh di Pelabuhan Klang.
"Lawatan Setiausaha Pertahanan India ke Malaysia dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke India baru-baru ini, telah meningkatkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara," kata Reddy.
Reddy menegaskan bahawa 'hubungan' ketenteraan antara kedua-dua negara telah wujud sejak era sebelum Merdeka lagi.
"Pengorbanan anggota Tentera Darat India yang menjadi sebahagian daripada tentera British dalam Kempen Malaya serta peranan mereka dalam pembebasan Tanah Melayu pada tahun 1945 (Pendaratan Amfibia di Pantai Morib, Banting), patut diberi perhatian. Secara kebetulan, Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn ialah alumni Akademi Tentera India (IMA), Dehradun dan beliau pernah berkhidmat dengan Tentera India semasa Perang Dunia Kedua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Reddy berkata persamaan dalam struktur organisasi, etos dan kemudahan komunikasi, membolehkan kedua-dua negara berinteraksi secara lebih bermakna. - Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Hubungan ekonomi India-Malaysia tawar pelbagai kemungkinan kerjasama
Hubungan dua hala berada pada kedudukan terbaik untuk ditingkatkan berdasarkan kepada keutamaan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia.
India dan Malaysia boleh bekerjasama dalam pelbagai bidang industri pertahanan
New Delhi juga sedang mengkaji untuk meningkatkan penglibatannya dengan Malaysia, termasuk dalam latihan pelbagai hala.