awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina
Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina
1,345 projek infrastruktur, penyelenggaraan di Negeri Sembilan babit RM431 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dapatkan dos antibodi dari Australia tangani virus Nipah

Bernama
Bernama
15/09/2023
14:16 MYT
India dapatkan dos antibodi dari Australia tangani virus Nipah
Pasukan dari Kolej Perubatan Kozhikode membawa sampel buah jambu dan biji palma areca untuk ujian kehadiran virus Nipah, di Kerala, pada 13 September lalu. - Reuters
NEW DELHI: Kerajaan India akan mendapatkan lebih banyak dos antibodi monoklon dari Australia untuk merawat jangkitan virus Nipah ekoran kebimbangan terhadap penularan wabak itu di selatan India.
"Kami mendapat beberapa dos antibodi monoklon dari Australia pada 2018. Pada masa ini dos tersedia untuk hanya 10 pesakit," Rajeev Bahl, ketua pengarah Majlis Penyelidikan Perubatan India, dipetik sebagai berkata dalam laporan media tempatan pada Jumaat.
"Sebanyak 20 dos lagi sedang diperolehi. Tetapi ubat itu perlu diberikan semasa peringkat awal jangkitan," katanya.
Jangkitan itu menyebabkan demam dengan kadar kematian yang tinggi, yang menurut Bahl.
India cuba membendung wabak Nipah, yang kali pertama dilaporkan di negeri Kerala dan telah meragut dua nyawa.
Beratus-ratus orang berpotensi terdedah kepada virus itu, menurut laporan itu.
Beberapa kampung telah diisytihar sebagai zon pembendungan (containment zone) dan sekolah telah ditutup di Kerala.
Pihak berkuasa di negeri Karnataka memaklumkan mereka telah meningkatkan pengawasan di daerah sempadan dan jabatan kesihatan Tamil Nadu berkata pihaknya akan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#virus Nipah
#antibodi
#India
#Kerala
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan