awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
23/01/2026
15:39 MYT
Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika bercakap dalam program Agenda AWANI pada Jumaat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ujian Tahun 4 yang akan dilaksanakan pada Oktober merupakan langkah untuk mengenal pasti keperluan intervensi bagi murid-murid yang tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Ringkasan AI
  • Ujian Tahun 4 pada Oktober bertujuan mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi awal tanpa mengubah silibus sedia ada.
  • Ujian ini fokus kepada pengukuran pembelajaran, bukan berorientasikan peperiksaan, dan dilaksanakan sebagai langkah berperingkat.
  • Ia membantu menambah baik pencapaian pendidikan negara dan melibatkan empat subjek teras di peringkat pusat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi tujuan pelaksanaan ujian itu, tidak ada sebarang perubahan kepada silibus sedia ada.
“Saya fikir kita tidak mengambil keputusan yang tergesa-gesa. Ini permulaan yang baik. Kita telah mulakan sesi persekolahan pada Januari.
“Anak-anak akan menjalani pengukuran (Tahun 4) ini pada bulan Oktober dan tidak akan ada sebarang perubahan pada kurikulum. Itu yang paling penting. silibus semasa kekal.
“Apabila kita sebut tentang pengukuran pembelajaran dan pentaksiran (Tahun 4) ini, kita tidak mahu ia berorientasikan peperiksaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina
Tambahnya, ujian itu juga merupakan satu mekanisme untuk menambah baik kedudukan negara dalam penilaian antarabangsa terhadap sistem pendidikan.
Ini sekali gus akan memberi manfaat kepada murid apabila intervensi awal dapat dilakukan agar tidak berlaku keciciran.
“Kita sudah lalui keputusan-keputusan Metrik Pembelajaran Asas Asia Tenggara (SEA-PLM), Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Antarabangsa dalam Matematik dan Sains (TIMSS) yang menunjukkan ada situasi-situasi yang anak-anak kita tidak kuasai dan ruang-ruang yang kita tambah baik,” jelasnya.
Menurut Fadhlina lagi, Ujian Matriks Pembelajaran bagi darjah empat itu merupakan peperiksaan berpusat yang akan melibatkan empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Manakala subjek-subjek lain akan dinilai melalui Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).
Agenda AWANI: Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, Realistik?
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Fadhlina Sidek
#pendidikan
#Ujian Tahun 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan