awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
23/01/2026
15:43 MYT
Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika bercakap dalam program Agenda AWANI pada Jumaat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ujian Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan bertujuan mencerap keupayaan murid bagi membantu murid berkenaan memilih aliran di Tingkatan 4.

Ringkasan AI
  • Ujian Tingkatan 3 bertujuan mencerap keupayaan murid untuk membantu pemilihan aliran yang sesuai di Tingkatan 4.
  • Pentaksiran ini bukan berorientasikan peperiksaan atau persaingan, sebaliknya menilai kemahiran bahasa, pengetahuan, aplikasi, penaakulan dan kemahiran saintifik.
  • Pengukuran Pembelajaran Tingkatan 3 akan diperkenalkan pada 2027 melibatkan lima subjek utama di bawah Matriks Pembelajaran Malaysia.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ujian berkenaan sama sekali tidak boleh dianggap sebagai pentaksiran pertaruhan tinggi, memandangkan ia bukan bertujuan mewujudkan persaingan akademik.
"Pentaksiran untuk Tingkatan 3 akan lebih berstruktur. Maksud saya, kita akan nilai pencapaian murid dalam kemahiran bahasa, pengetahuan, aplikasi, penaakulan, dan kemahiran saintifik kerana ini akan menjadi elemen utama dalam pemilihan pakej mereka di Tingkatan 4.
“Pemilihan aliran yang bersesuaian sama ada akademik atau kemahiran. Tingkatan 3 ialah proses untuk kita betul-betul menilai dan mencerap mereka sebelum pilihan aliran dibuat; itu bezanya dengan pentaksiran Tahun 4... Kita hendak dukung pembangunan bakat dalam rancangan pendidikan kita ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memperkenal pendekatan baharu penilaian pembelajaran di sekolah rendah dan menengah melalui Matriks Pembelajaran Malaysia bermula dengan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pada 2027.
Menurutnya, Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga akan diperkenal mulai 2027 membabitkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Agenda AWANI: Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, Realistik?
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Fadhlina Sidek
#Anwar Ibrahim
#pendidikan
#Tingkatan 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami