KUALA LUMPUR: India ingin mengeratkan lagi kerjasama dua hala dengan Malaysia menerusi koloborasi dalam industri pertahanan, kata Pesuruhanjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy.
Menurut beliau masanya sudah tiba untuk kedua-dua negara mengukuhkan lagi hubungan pertahanan berusia empat dekad yang termasuk Kerjasama Pertahanan Malaysia-India yang ditandatangani pada 1993.
Sebelum ini, beliau berkata kerjasama dan libat urus dalam pertahanan antara dua negara bersahabat itu hanya berkisar dalam kalangan tiga cabang ketenteraan, tentera darat, udara dan laut tetapi sekarang New Delhi berhasrat mengadakan libat urus dengan pemain sektor industri pertahanan.
"Dalam lapan ke sembilan tahun lepas, sektor industri pertahanan India tumbuh dengan pesat. Sebelum ini industri pertahanan kami hanya mengeluarkan peralatan untuk Angkatan Tentera India tetapi sekarang kami telah membangunkan kapasiti dan keupayaan untuk mengeksport (produk pertahanan) ke negara lain," katanya.
Reddy berkata demikian di luar program Kerjasama Perindustrian Pertahanan India-Malaysia: Ekspo Mini Pertahanan yang juga Simposium Industri Pertahanan di sini hari ini yang dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak.
Reddy berkata kerjasama itu akan memberi manfaat, kerana Angkatan Tentera Malaysia dan India menggunakan aset ketenteraan yang sama seperti pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) Sukhoi Su-30 buatan Rusia dan kapal selam diesel-elektrik Scorpene buatan Perancis.
Menurut beliau, syarikat India Mazagon Dock Shipbuilder Limited telah membina enam kapal selam Scorpene setakat ini sementara gergasi aeroangkasa Hindustan Aeronautics Limited (HAL) sudah membina 280 jet pejuang Sukhoi untuk Tentera Udara India (IAF) di bawah pengaturan dengan rakan niaga dari Rusia.
Sementara itu Isham dalam ucapannya berkata Malaysia terbuka untuk bekerjasama dengan India dalam bidang keselamatan siber dan sektor penyenggaraan, pembaikan dan membaik pulih terutamanya yang melibatkan kapal selam Scorpene dan pesawat MRCA Sukhoi Su-30.
"Ini adalah dua bidang yang kami faham bahawa India mempunyai kepakaran dan anda juga mengeluarkankan alat ganti untuk kapal selam Scorpene, ini adalah bidang yang saya fikir kita boleh bekerjasama dengan lebih lanjut kerana dalam lima bulan lepas saya di Kementerian Pertahanan, keutamaan nombor satu saya ialah aset atau peralatan kami sentiasa sedia untuk digerakkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Reddy berkata kerjasama itu akan memberi manfaat, kerana Angkatan Tentera Malaysia dan India menggunakan aset ketenteraan yang sama. - Gambar Bernama
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.