awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia dicadang negara kedua pelaksanaan VTL

Bernama
Bernama
27/11/2021
16:22 MYT
Indonesia dicadang negara kedua pelaksanaan VTL
Saifuddin berkata VTL itu, jika dilaksanakan akan melibatkan dua lokasi di Indonesia iaitu Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali pada peringkat awal, sebelum diikuti dengan laluan lain. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Indonesia dicadangkan sebagai negara kedua bagi pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Malaysia selepas Singapura yang akan bermula Isnin ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata VTL itu, jika dilaksanakan akan melibatkan dua lokasi di Indonesia iaitu Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali pada peringkat awal, sebelum diikuti dengan laluan lain.
"Buat masa ini, kita tidak mempunyai jangka masa bila ia dapat dilakukan, namun berharap ia bermula pada awal tahun depan seperti yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada lawatan ke Indonesia sebelum ini.
"Ini mungkin boleh diikuti dengan laluan ke tempat lain, namun demikian kita sangat berhati-hati dalam membuka sempadan negara terutamanya dengan penemuan varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dari Afrika," katanya.
Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Tahunan Bersatu Peringkat Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Mahkota di sini hari ini.
Berhubung pelaksanaan VTL antara Malaysia-Singapura, Saifuddin berkata perdana menteri kedua-dua negara dijadualkan berada di Singapura pada Isnin ini, sebagai simbolik kepada pelaksanaan VTL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#VTL
#laluan perjalanan vaksinasi
#Malaysia
#Singapura
#Saifuddin Abdullah
#Kuala Lumpur-Jakarta
#Kuala Lumpur-Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan