JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Besar Ukraine, Vasyl Hamianin berhubung ciapannya di Twitter yang menimbulkan rasa kurang senang negara tuan rumah.
Jurucakap kementerian, Teuku Faizasyah berkata Hamianin telah dipanggil oleh ketua pengarah Amerika dan Eropah, Ngurah Swajaya pada 9 Ogos untuk menyampaikan rasa kurang senang atas ciapannya.
"Apa yang dilakukan itu sangat tidak patut sebagai seorang duta besar yang menjalankan misi diplomatik di sesebuah negara," katanya dalam talimat mingguan secara online pada Khamis.
Beliau menegaskan seorang duta besar harus mematuhi peraturan dan etika serta tidak menzahirkan sikap ekspresif dan negatif di negara tempat berkhidmat.
Pada 7 Ogos, Hamianin membalas ciapan twitter akaun rasmi Kementerian Luar Indonesia yang mengutuk keras serangan Israel hingga mengakibatkan orang awam, termasuk kanak-kanak terbunuh.
Melalui akaun @VHamianin, beliau mempersoalkan mengapa Indonesia tidak mengecam keras serangan terhadap Ukraine selama lima bulan terakhir yang mengorbankan ratusan hingga ribuan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Melalui akaun @VHamianin, beliau mempersoalkan mengapa Indonesia tidak mengecam keras serangan terhadap Ukraine selama lima bulan terakhir yang mengorbankan ratusan hingga ribuan kanak-kanak. - Gambar fail
Elon Musk mungkin tinggalkan Tesla jika tidak dibayar $56 bilion
Robyn Denholm, salah seorang lembaga pengarah berkata, Tesla perlu mengotakan janji jika ingin Elon Musk kekal bersama syarikat.
Niaga SPOTLIGHT: Occupational Safety & Health in Malaysia
The Occupational Safety and Health (Amendment) Act 2022 (OSH Amendment Act) comes into effect on 1st June 2024.
DOSH discusses the four pillars of the OSH Amendment Act and new responsibilities of employers towards employees.
ILO Malaysia highlights fundamental principles and rights at work including safety and health at work as embodied in the ILO Conventions 155,187 and what ratification of ILO Conventions entails, while sharing about the ongoing International Labour Conference from 3rd-14th June in Geneva, Switzerland.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
DOSH discusses the four pillars of the OSH Amendment Act and new responsibilities of employers towards employees.
ILO Malaysia highlights fundamental principles and rights at work including safety and health at work as embodied in the ILO Conventions 155,187 and what ratification of ILO Conventions entails, while sharing about the ongoing International Labour Conference from 3rd-14th June in Geneva, Switzerland.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
Mahkamah benarkan tempoh reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari hingga Rabu depan - Peguam
Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abd Moin mendedahkan kedua-dua anak guam berada dalam keadaan sangat tertekan namun bersedia memberi kerjasama terhadap siasatan polis demi keadilan anak mereka. #AWANInews
reels demo
Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas
Mohamad Daniel Asraf Abdul Zahir mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis
Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
JKKN Perak terus pelihara seni budaya tarian Dabus
Dabus asalnya adalah seni mempertahankan diri yang mengutamakan kepahlawanan, kecerdasan, ketangkasan, dan keperwiraan.
'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan
Kata-kata bapa Zayn Rayyan mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.
Niaga AWANI: Analisis pasaran: Sektor mendahului VS sektor menyusut
Pasaran saham Malaysia mengatasi negara ASEAN lain sepanjang Mei tahun ini dalam menarik pelaburan asing dan melonjakkan nilai ekuiti melebihi RM2 trillion.
Kupasan lanjut bersama Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, berkongsi antara pemacu utama di sebalik pergerakan prestasi semasa pasaran dan trend masa hadapan.
#NiagaAWANI
Kupasan lanjut bersama Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, berkongsi antara pemacu utama di sebalik pergerakan prestasi semasa pasaran dan trend masa hadapan.
#NiagaAWANI
Indonesia panggil Duta Ukraine berhubung ciapan Twitter: 'Apa yang dilakukan amat tidak patut'
Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Besar Ukraine, Vasyl Hamianin berhubung ciapannya di Twitter yang menimbulkan rasa kurang senang negara tuan rumah.