Kerajaan Indonesia sedia mengkaji cadangan Malaysia supaya membina telaga tiub sebagai kaedah mencegah kebakaran tanah gambut di kawasan perladangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Presiden Indonesia Joko Widodo menerima pandangan tersebut, dan akan menghantar pihak berkuasa mereka untuk melihat keberkesanan telaga tiub yang dimaksudkan itu terutamanya seperti terdapat di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata Indonesia pada mulanya mencadangkan pembinaan terusan yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah kebakaran hutan dan ladang.
"Bagi kita, tempoh tiga tahun terlalu lama kerana ia bermaksud negara terpaksa menghadapi jerebu selama tiga tahun lagi, dan kita mencadangkan pembinaan telaga tiub kerana ia berkesan di Malaysia," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Presiden Jokowi di Istana Presiden di Bogor, petang Ahad.
Perdana Menteri, yang tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja dua hari, berkata telaga tiub didapati berkesan mencegah kebakaran tanah gambut kerana air disalurkan ke bawah tanah secara sistematik.
Najib berkata sebelum itu, beliau membangkitkan masalah jerebu itu kepada Jokowi dan menyatakan ia mengancam kepentingan rakyat Malaysia dan mengganggu aktiviti ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk kegiatan riadah dan sukan yang tidak dapat dijalankan.
Katanya Jokowi juga menunjukkan reaksi berdepan tekanan dengan masalah kebakaran hutan di negaranya, dan memahami masalah dihadapi akibat jerebu.
Beliau berkata dalam perbincangan dua hala itu, Malaysia menyatakan kesediaan memantapkan lagi kerjasama bagi mengatasi kebakaran hutan yang berlaku sekarang dengan menghantar pesawat pengangkut air dan bersedia menambah bantuan jika diperlukan.
Mengenai dakwaan terdapat dua syarikat perladangan Malaysia terbabit dengan kes kebakaran ladang, Najib berkata tindakan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Indonesia.
Perdana Menteri, bagaimanapun berkata beliau dimaklumkan hanya tiga peratus kes kebakaran hutan dan ladang dilakukan oleh syarikat perladangan itu, sedangkan kebanyakan kes kebakaran oleh rakyat negara itu yang mengambil jalan mudah untuk meneroka tanah.
Beliau berkata rakyat di kawasan pedalaman kebanyakannya miskin dan mereka tidak mampu meneroka tanah yang luas kerana kos yang tinggi, dan disebabkan itu mereka membakar hutan untuk meneroka kawasan baharu.
Kebakaran hutan mengakibatkan jerebu yang serius di Malaysia dan negara jiran lain dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap sangat tidak sihat, dan kerajaan terpaksa menutup sekolah di beberapa negeri sebagai langkah menjaga kesihatan pelajar.
Bernama
Sun Oct 11 2015

Najib (kiri) disambut Jokowi di kediaman rasmi Presiden di Istana Bogor sejurus tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja selama dua hari. - fotoBERNAMA

MKM labur RM32 juta jamin tempat duduk untuk umrah musim 1447H
Pelaburan MKM bermatlamat memastikan bakal jemaah dapat berlapang dada tanpa memikirkan risiko tidak mendapat tempat duduk.

Imigresen serbu klinik tawar khidmat doktor warga asing tidak bertauliah
Operasi yang dijalankan hasil risikan selama dua minggu itu menyasarkan premis di Sungai Buloh, Shah Alam serta Jalan Ipoh.

Google perkenal pelan langganan AI Pro, AI Ultra
Google AI Ultra merupakan pelan paling eksklusif dengan tambahan storan 5TB, Project Mariner, dan agen Gemini baharu, namun hanya tersedia di Amerika Syarikat.

Hajiji ucap takziah atas pemergian bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah
Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah.

Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi awal dagangan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam.
ASEAN Kita: Tourism | Reimagining ASEAN AS One Destination
Can ASEAN truly become one seamless travel destination? In this episode of ASEAN KITA, we speak to Dr. Sri Ganesh Michiel of MTF on visa access, tourism taxes, and the role of budget hotels in unlocking regional tourism for all.

Pekarangan Istana Arau dibuka kepada rakyat untuk Malam Kilauan Cahaya
Tuanku Syed Sirajuddin telah memperkenankan membuka perkarangan istana kepada rakyat jelata.

AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.

Satu daripada empat pekerjaan global terancam akibat kecerdasan buatan generatif
Transformasi pekerjaan dan bukannya penggantian secara besar-besaran lebih berkemungkinan berlaku hasil integrasi AI di tempat kerja.

Persiapan Kongres Nasional PKR lancar - Fuziah
Persiapan itu merangkumi Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Kongres Wanita Pusat serta proses pemilihan jawatan tertinggi parti.

30 diselamat selepas kapal Indonesia terbalik berhampiran Pedra Branca
Kesemua 30 orang yang berada di atas kapal berdaftar di Indonesia, Facific Memory II berjaya diselamatkan daripada perairan berhampiran Pedra Branca pada Selasa.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Wanita hamil empat bulan dibunuh kejam kekasih sendiri
Penemuan mayat seorang wanita sudah bercerai yang dibuang di dalam parit menggemparkan penduduk setempat.

Laungan berunsur xenophobia punca Indonesia didenda FIFA
Hukuman itu adalah untuk PSSI memberikan kesedaran kepada penyokong skuad Garuda bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk empat anggota tentera, dalam letupan peluru di Indonesia
Letupan berlaku kira-kira 9.30 pagi Isnin di kawasan terpencil di Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh Tentera Darat Indonesia.

Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Whoosh membawa 25,316 penumpang pada Sabtu, mengatasi rekod terdahulu sebanyak 24,350 penumpang yang dicatat pada 27 Jan 2025.

Gegaran di Pantai Barat Semenanjung susulan gempa di utara Sumatera
Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.

Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malaysia, dua suspek ditahan
Bot itu dikesan di Selat Morong berhampiran Pulau Rupat pada 8 Mei ketika cuba memasuki perairan Malaysia secara haram.

Gempa bumi sederhana landa Sulawesi
Gempa dengan kedalaman 79km itu berlaku kira-kira 103km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

Ekonomi Indonesia berkembang 4.87 peratus pada suku pertama
KDNK Indonesia mencecah 5,665.9 trilion rupiah pada harga semasa dan 3,264.5 trilion rupiah pada harga tetap 2010 pada suku pertama 2025.