awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Indonesia seru langkah selamat selepas kematian pelancong di Rinjani

Bernama
Bernama
28/06/2025
13:15 MYT
Sponsor Banner
Indonesia seru langkah selamat selepas kematian pelancong di Rinjani
Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Juliana Marins yang terjatuh ke dalam gaung di Gunung Rinjani, Pulau Lombok selepas dilaporkan hilang pada 21 Jun. - Gambar IG antorsar_mataram
JAKARTA: Kementerian Pelancongan Indonesia menggesa para pengunjung Taman Negara Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat supaya hanya menggunakan pengendali berlesen dan pemandu bertauliah ketika menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki.
Gesaan itu dibuat susulan kematian pelancong Brazil, Juliana Marins, 26, yang terjatuh ketika mendaki di taman itu pada 21 Jun lalu. Mayatnya ditemukan empat hari kemudian pada kedalaman sekitar 600 meter, namun cuaca buruk dan keadaan cerun yang sukar telah menangguhkan usaha membawa keluar mayat sehingga 25 Jun.
Menteri Pelancongan Widiyanti Putri Wardhana menyeru semua pengunjung agar mematuhi protokol keselamatan dengan ketat dan tidak keluar daripada laluan yang telah ditetapkan.
"Laporkan segera sebarang pelanggaran prosedur operasi standard melalui WhatsApp di +62 811-895-6767," katanya dalam kenyataan sambil menegaskan keselamatan pelancong adalah tanggungjawab bersama.
Beliau menyifatkan insiden itu sebagai peringatan tragis mengenai risiko serius yang dikaitkan dengan pelancongan ekstrem, dan perlu menjadi titik perubahan dalam penguatkuasaan piawaian keselamatan.
"Insiden ini mengingatkan kita bahawa setiap destinasi pelancongan ekstrem membawa risiko yang besar," tambahnya.
Kematian itu berlaku hanya beberapa minggu selepas seorang pendaki Malaysia maut di gunung yang sama pada awal Mei selepas terjatuh kira-kira 80 meter ke dalam gaung.
Gunung Rinjani, sebuah gunung berapi aktif setinggi 3,726 meter dari paras laut, merupakan antara destinasi mendaki paling popular di Indonesia dan menarik ribuan pengembara setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#gunung berapi
#WhatsApp
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami