JAKARTA:Pasukan penyelam Indonesia percaya mereka hampir menemui rakaman suara kokpit pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ke laut bersama 62 orang penumpangnya baru-baru ini.
Pada Selasa, penyelam mengambil perakam data penerbangan pesawat (FDR) dari dasar laut dan mereka mendakwa telah menemui suar yang terpasang pada perakan suara kokpit (CVR).
“Insya Allah, kita akan menemuinya hari ini,” kata pegawai Angkatan Laut Wahyudin Arif, merujuk kepada perakam suara kokpit seperti dilaporkan Reuters.
BACA: Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air berjaya dikesan
Bercakap kepada KompasTV pada Rabu, Wahyudin berkata, penyelam akan pergi ke kawasan dasar laut yang sangat sempit untuk mencari perakam suara tersebut.
Menurutnya, kotak hitam pertama ditemui selepas mereka mengalihkan serpihan kapal terbang di dasar laut dan meramalkan proses sama juga diperlukan untuk mencari perakam yang lain.
Ketua Tentera, Hadi Tjahjanto berkata pada Selasa bahawa dia “sangat yakin” akan menemui rakaman itu tidak lama lagi.
Pesawat Boeing 737-500 itu terhempas ke dalam Laut Jawa pada Sabtu lepas, empat minit setelah berlepas dari lapangan terbang utama Jakarta.
Penyiasat sangat bergantung kepada dua kotak hitam dalam pesawat itu untuk menentukan punca nahas berkenaan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
BACA: Nahas Sriwijaya: Wanita kongsi lambaian terakhir
Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia berharap dapat memuat turun data FDR dalam tempoh dua hingga lima hari.
FDR mengandungi sekitar 25 jam data dan CVR pula mempunyai percakapan selama 30 minit, menurut laporan akhir mengenai model serupa Boeing 737 yang terhempas pada tahun 2008.
Sebuah pasukan dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat akan tiba di Jakarta dalam beberapa hari akan datang untuk membantu siasatan.
Penemuan awal KNKT menunjukkan enjin pesawat masih hidup ketika pesawat terhempas ke dalam laut, berdasarkan kerosakan yang dilihat pada bahagian pesawat yang diambil dari laut.
Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Selasa mengatakan, pesawat itu telah menjalani pemeriksaan kelayakan udara pada 14 Disember dan kembali beroperasi tidak lama kemudian.
Agensi
Wed Jan 13 2021

Semakin banyak serpihan pesawat berkenaan ditemukan dalam laut. - Gambar REUTERS

Najib dalang surat 'sembah derhaka' UMNO kepada Agong - Sumber
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Felda beli 41 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata saham itu dibeli pada RM1.30 sesaham semalam (Isnin).

i-Sinar: Kerajaan perlu kaji semula had pengeluaran - Pensyarah
Kerajaan disarankan agar mempertimbangkan semula kadar had pengeluaran bagi inisiatif i-sinar.

118 pekerja Pasar Borong KL disahkan positif COVID-19
Daripada jumlah tersebut, 31 pekerja melibatkan bahagian sayur, manakala 87 lagi di bahagian ikan.

COVID-19 | Kuarantin pesakit COVID-19 di rumah, langkah terbaik?

PERMAI | Pemandu teksi bersyukur terima one-off RM500
Pemberian secara ''one-off" sebanyak RM500 kepada pemandu teksi disambut dengan kegembiraan dan rasa syukur lebih 100 pemandu teksi di Kedah. Rata-rata golongan B40 ini dapat menarik helah kelegaan dengan pemberian oleh kerajaan ini sedikit sebanyak meringankan beban berdepan impak COVID-19.

PERMAI | Subsidi ujian COVID-19, PPE kepada klinik swasta
Menerusi subsidi tersebut, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Dr Suhaily Mohd Hairon berkata, harga ujian saringan COVID-19 dapat dikurangkan sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai individu untuk melakukan ujian saringan berkenaan.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Harimau Malaya boleh adakan kem latihan pusat secara kuarantin - KBS
Skuad Harimau Malaya boleh menarik lafas lega apabila KBS membenarkan mereka mengadakan latihan pusat menggunakan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Sriwijaya Air: Pasukan dari AS sertai misi siasatan pesawat
Pasukan itu terdiri daripada anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, General Electric dan Boeing.

Sriwijaya Air: Misi kesan perakam suara kokpit bersambung
Penyelam dilihat mengambil video bangkai pesawat itu di dasar laut.

Nahas Sriwijaya Air: Misi pencarian kotak hitam disambung
Selepas seharian usaha mencari kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air terhenti akibat cuaca buruk, misi oleh para penyelam diteruskan pada Khamis.

Nahas Sriwijaya Air: Gara-gara laut bergelora, operasi pencarian CVR pesawat dihenti
Misi pencarian CVR yang dijalankan oleh pasukan penyelam di Laut Jawa dihentikan susulan cuaca buruk yang menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter.

Indonesia yakin temui kotak hitam kedua pesawat Sriwijaya Air
Pasukan penyelam Indonesia percaya mereka hampir menemui rakaman suara kokpit pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ke laut baru-baru ini.

Pencarian 'kotak hitam' kedua pesawat Sriwijaya Air diteruskan
Kotak hitam pertama ditemui pasukan penyelamat di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang pada Selasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Daripada pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemui selepas tiga hari
Kotak hitam itu ditemui antara sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, Jakarta.

Pesawat Sriwijaya Air tidak meletup ketika terhempas
Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas dipercayai tidak meletup, sebelum terjunam ke dasar laut di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia.