KUALA SELANGOR: Industri akuakultur negara berjaya mencatatkan kira-kira 492,680 tan metrik pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.
Beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia juga ke arah meningkatkan sumbangan akuakultur perikanan negara dengan memfokuskan bagi pengeluaran akuakultur ikan Tilapia Gift, Tilapia Merah, Ikan Susu, Keli, Siakap, Patin, Lampam, Kelah, Udang Putih dan Udang Harimau.
"Dalam pameran di bawah segmen akuakultur sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah kali ini, Jabatan Perikanan Malaysia mempamerkan spesies udang harimau, udang putih, ikan kelah dan lampam yang menggunakan teknologi biofloc dan Amalan Pertanian Baik (myGAP) sektor perikanan.
"Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur melalui skim bantuan input akuakultur, biosekuriti, teknologi biofloc bagi akuakultur air tawar dan marin serta keperluan dan kepentingan myGAP," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Adnan berkata sepanjang program ini berlangsung pengunjung boleh melihat sendiri rupa bentuk ikan kelah dan udang serta memperolehi maklumat berhubung industri penternakan akuakultur bagi mendapatkan hasil yang lebih berkualiti.
Beliau berkata pameran kali ini turut memperkenalkan teknologi bioflok iaitu sistem akuakultur yang mengitar semula sisa nutrien sebagai makanan ikan.
"Melalui teknologi ini ia akan memudahkan penternak mengawal kualiti air, mengawal jangkitan penyakit seterusnya pengusaha akan dapat meningkatkan hasil akuakultur mereka.
"Selain itu, teknologi ini juga dapat meningkatkan hasil penternakan udang dengan menggunakan bahan aditif rawatan air yang mengandungi enzim, mikrob, mineral dan asid amino," katanya.
Dalam pada itu, Adnan turut berkata pada tahun ini Jabatan Perikanan Malaysia menyasarkan sejumlah 500,000 tan metrik pengeluaran akuakultur dengan purata pendapatan penternak akuakultur berjumlah RM3,800 sebulan.
Pogram tiga hari sehingga esok bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.
Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur melalui skim bantuan input yang pelbagai. - Foto BERNAMA
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mei 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil dan mengalami tidak banyak perubahan susulan kenaikan baru-baru ini, sejajar dengan ekuiti global, kata peniaga.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 13 Mei 2024
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ringgit dijangka berhati-hati minggu ini berbanding dolar AS
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan meneliti data utama, termasuk data AS mengenai Indeks Harga Pengeluar, Indeks Harga Pengguna dan jualan runcit, untuk membina keyakinan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM dijangka didagangkan mendatar minggu depan
Secara mingguan, kontrak bulan semerta bagi Mei 2024 turun RM37 kepada RM3,853 satu tan, Jun 2024 susut RM27 kepada RM3,843 satu tan dan Julai 2024 adalah lebih rendah sebanyak RM35 kepada RM3,809 satu tan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan kecil
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks dijangka turun naik dalam julat 1,600 hingga 1,620 minggu ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Seimbangkan strategi pelaburan ketika pasaran di paras tertinggi
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan kongsi tentang bagaimana untuk mengimbangkan strategi pelaburan ketika pasaran berada pada paras tertinggi.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Putin tukar Menteri Pertahanan, Shoigu dengan ahli ekonomi
Tugas baharu Sergei Shoigu ialah sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia.
Industri akuakultur catat pengeluaran bernilai RM3.9 bilion pada 2023
Pameran kali ini juga diharapkan dapat menarik minat pelabur atau kumpulan sasar dalam industri akuakultur.