IPOH: Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) merupakan satu daripada platform bagi pengamal media untuk menyuarakan pelbagai pendapat atau permasalahan yang dihadapi, selain menghargai jasa serta sumbangan penulis berita kepada masyarakat dan negara.
Sehubungan dengan itu, Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Sayed Hesham Syed Idris mencadangkan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama bagi wartawan sambilan atau stringer dapat diperincikan dalam perhimpunan terbesar pengamal media berkenaan seterusnya dilaksanakan.
"Selain itu, perlu dipertimbangkan insentif khas seperti kemudahan rawatan kesihatan serta bantuan persekolahan untuk anak-anak pengamal media yang memerlukan.
"Perkara-perkara berkaitan kebajikan media yang dicadangkan pada HAWANA tahun lepas perlu dilaksanakan dan jika ada yang sudah dilaksanakan, ia perlu diperkemas lagi," katanya kepada Bernama.
Sayed Hesham berkata, walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Senada dengan Sayed Hesham ialah Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor Ahmad Razali yang berharap HAWANA dapat membantu menyelesaikan masalah dialami oleh pengamal media di negara ini.
"Kita tidak mahu HAWANA dilihat sebagai acara tahunan semata-mata, habis program sekadar berlalu sahaja tetapi masalah yang dihadapi (golongan pengamal media) tetap tidak selesai.
"Kita berharap pihak berkepentingan perlu mempunyai sebarang penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh pengamal media sebagai contoh, kadar bayaran untuk wartawan sambilan perlu dinaikkan seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini," katanya.
Bagi Pengerusi Kelab Akhbar Perak, Ivan Loh, beliau turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menambah baik kebajikan golongan pengamal media dengan pemberian elaun atau insentif tertentu terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tinggi.
"Sebagai contoh, pakej khas telekomunikasi dengan tawaran diskaun istimewa atau pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengamal media," katanya.
Selain itu, Loh juga mencadangkan supaya kerajaan perlu memperketat undang-undang dan mengenakan tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan plagiarisme.
"Memang tidak adil jika ada kalangan mereka yang senang-senang copy and paste sahaja berita daripada portal berita sedangkan wartawan profesional berkerja keras untuk mendapatkan berita dengan info yang sah, tetapi ada pihak yang hanya menciplak berita terbabit tanpa kebenaran," katanya.
HAWANA 2024 bakal diadakan di Kuching, Sarawak selama tiga hari bermula 25 Mei dan mengangkat tema "Etika Teras Kewartawanan Mapan" dengan kemuncak sambutan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelbagai program dirangka antaranya Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan "Evolusi Media dalam Era Digital" serta program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur, Selatan serta zon Tengah yang akan dilancarkan pada 24 Mei ini oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
HAWANA 2024 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana.
Penganjuran tahun ini ialah edisi keempat selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, dan sambutan berikutnya di Melaka (2022) dan Perak (2023).
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 dan sambutan itu bertujuan meraikan sumbangan pengamal media yang berperanan membentuk minda masyarakat bermaklumat, selain memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri. - BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

HAWANA jangan dilihat sebagai acara tahunan semata-mata iaitu sejurus habis program, tetapi masalah yang dihadapi (golongan pengamal media) tetap tidak selesai.
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.

SMEC akan dijadikan acara tahunan - Abang Johari
Abang Johari berkata pengamal media seharusnya menyesuaikan diri dengan proses migrasi teknologi masa kini.

Tanya AI: Melestarikan bidang kewartawanan dalam era kecerdasan buatan
"ETIKA Teras Kewartawanan Mapan" yang menjadi tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 sangat bertepatan dengan keadaan semasa.

HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini.

Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.

Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.

Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.

Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.

Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.