awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri berisiko punca pencemaran air perlu disenarai dalam perundangan

Bernama
Bernama
07/10/2020
23:22 MYT
Industri berisiko punca pencemaran air perlu disenarai dalam perundangan
Ketika ini, pencemaran yang berpunca daripada ladang ternakan tidak tersenarai dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR :Industri yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air mentah dan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) termasuk industri penternakan, perlu dikawal dan disenaraikan dalam perundangan.
Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air Ir Dr Zaki Zainudin berkata langkah ini dapat mengawal pembangunan di lembangan sungai dan mengelakkan pencemaran daripada terus berlaku.
“Pengurusan lembangan sungai sangat penting, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Ini kerana pembangunan di lembangan sungai berlaku secara berterusan jadi akan sentiasa ada punca pencemaran yang baharu.
“Kalau kita dapat senaraikan industri yang berisiko dan menghalang mereka masuk ke kawasan (berdekatan sumber air mentah dan muka sauk LRA), ini merupakan satu langkah proaktif,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, pada Rabu.
BACA: Aktiviti pembersihan reban angsa disyaki punca pencemaran sungai Negeri Sembilan
Mengambil contoh Akta Alam Sekeliling 1974, Zaki berkata terdapat seksyen dalam akta itu yang menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.
Katanya, ini susulan pencemaran yang berpunca daripada ladang ternakan tidak tersenarai dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, di bawah akta sama, bertujuan mengawal pelepasan sisa industri.
BACA: Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih
Pada Isnin, Kementerian Alam Sekitar dan Air menyatakan sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, iaitu punca pencemaran di sungai berkenaan.
Pencemaran itu menyebabkan dua loji rawatan air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRA
#industri
#pencemaran
#Zaki Zainudin
#sumber air mentah
#undang-undang
#Sungai
#langkah proaktif
#efluen industri
#bahan buangan
#Sungai Semenyih
#nilai
#sisa
#ladang
#ternakan
#risiko
#Akta Alam Sekeliling 1974
#loji
#pakar
#kualiti air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan