awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat kemajuan memberangsangkan dalam agenda SDG - PM Anwar

Bernama
Bernama
05/11/2025
07:45 MYT
Malaysia catat kemajuan memberangsangkan dalam agenda SDG - PM Anwar
Anwar berkata Kerajaan MADANI kekal komited terhadap agenda SDG yang bergerak seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan unjuran pencapaian 49 peratus menjelang 2030, jauh mengatasi purata global 18 peratus.

Ringkasan AI
  • Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan unjuran pencapaian 49 peratus menjelang 2030, melebihi purata global 18 peratus.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan menangani isu-isu terkait 10 Fokus Utama SDG negara seperti malpemakanan kanak-kanak, kesihatan mental, dan peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya.
  • Anwar menegaskan kerjasama semua pihak dari kerajaan Persekutuan, negeri, swasta, dan masyarakat sivil diperlukan untuk memastikan tiada insan yang tersisih daripada arus pembangunan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencapaian itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan beliau pagi tadi.
"Namun di sebalik angka positif ini, masih banyak yang harus kita tangani khususnya terkait 10 Fokus Utama SDG negara, dari isu malpemakanan kanak-kanak, kesihatan mental, pengurusan murid berkeperluan khas hinggalah peluang pekerjaan buat golongan kurang upaya," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Anwar berkata usaha itu menuntut kerjasama semua pihak merentasi kerajaan Persekutuan, negeri, swasta dan masyarakat sivil agar tiada insan yang tersisih daripada arus pembangunan negara.
Beliau juga berkata Kerajaan MADANI kekal komited terhadap agenda SDG yang bergerak seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 untuk menuju kemajuan yang terangkum, mampan serta sejahtera demi masa depan anak-anak dan tanah air yang kita cintai.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pelaksanaan SDG
#Matlamat Pembangunan Mampan
#purata global
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan