awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz

Bernama
Bernama
27/03/2022
22:20 MYT
Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz
RAFIDAH: Bagi memastikan persekitaran yang menggalakkan untuk penerbangan masuk dan keluar, marilah patuhi SOP memandangkan negara-negara lain turut mengenakan SOP yang ketat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia akan memanfaatkan industri pelancongan, sekali gus memerlukan lebih ramai sumber manusia termasuk graduan baharu berkaitan industri berkenaan, menurut Pengerusi AirAsia X Bhd Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka sepenuhnya pada bulan depan.
Beliau juga menekankan keperluan untuk menyelaraskan SOP yang akan dilaksanakan di seluruh negara.
"Bagi memastikan persekitaran yang menggalakkan untuk penerbangan masuk dan keluar, marilah patuhi SOP memandangkan negara-negara lain turut mengenakan SOP yang ketat.
"Pelancong asing yang masuk ke negara ini juga perlu mematuhi SOP kita," katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi sulung cabang pendidikan Halim Mazmin Group -- Meritus University, Meritus College dan HM Aerospace (akademi latihan penerbangan) di sini, hari ini.
Rafidah merupakan Canselor Meritus University.
Pengasas Meritus University Tan Sri Dr Halim Mohammad yang turut hadir pada majlis graduasi berkenaan berkata, beliau menubuhkan bahagian pendidikan di Halim Mazmin Group untuk terus melahirkan pekerja berkemahiran untuk sektor maritim, hospitaliti dan penerbangan.
Menurutnya, Pelan Induk Perkapalan Malaysia 2017-2022 menyasarkan kira-kira 160,000 peluang pekerjaan.
"Di Malaysia sendiri, banyak peluang pekerjaan ditawarkan oleh industri maritim global kepada graduan berkelulusan pengajian maritim. Mereka yang mempunyai kelayakan maritim yang baik mendapat permintaan yang tinggi dalam ekosistem maritim," kata Halim sambil menambah, graduan universiti itu telah diambil bekerja sepenuhnya oleh industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafidah Aziz
#SOP ketat
#sempadan antarabangsa dibuka
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan