KUALA LUMPUR: Inflasi harga pengguna utama Malaysia dijangka menyederhana antara 2.5 dan 3.0 peratus pada 2023 berbanding 3.3 peratus yang dianggarkan semasa 2022, selepas didorong oleh pelonggaran dalam kekangan bekalan global dan penstabilan harga komoditi.
Bank Dunia berkata, unjuran itu berdasarkan andaian bahawa siling harga bahan api runcit termasuk langkah kawalan harga ke atas barangan makanan terpilih kekal dilaksanakan sepanjang tahun, mengehadkan tekanan kos daripada harga minyak dan makanan global semasa.
"Sementara itu, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan bahan api), dijangka kekal sekitar 3.0 peratus," katanya dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia terbaharu yang bertajuk 'Memperluas Sempadan Digital Malaysia' yang dikeluarkan hari ini.
Sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang akibat pengaruh daripada persekitaran luaran.
"Kejutan kepada pertumbuhan global termasuk inflasi yang lebih tinggi daripada apa yang diramalkan, keadaan kewangan yang lebih ketat, kegawatan dalam ekonomi utama, perang Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan sekatan pergerakan yang berterusan di China, boleh menyebabkan kelembapan yang lebih ketara daripada jangkaan dalam pertumbuhan global," katanya.
Laporan itu juga menganggarkan penurunan satu mata peratusan dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi G7 dan China, boleh merencatkan pertumbuhan Malaysia antara 1.0 dan 0.7 mata peratusan.
Katanya, tekanan harga yang berterusan di Malaysia mungkin memerlukan pelarasan dasar monetari selanjutnya bagi mengurangkan permintaan domestik dalam tempoh terdekat, manakala penurunan pendapatan isi rumah boleh guna sebenar daripada harga yang lebih tinggi juga mampu melontarkan impak kepada kekuatan perbelanjaan pengguna.
"Selain itu, tahap hutang korporat bukan kewangan termasuk peningkatan hutang isi rumah di tengah-tengah keadaan kewangan yang ketat boleh memberi kesan yang lebih besar kepada pelaburan dan penggunaan swasta," katanya.
Inflasi harga pengguna di Malaysia menyederhana kepada 3.8 peratus pada Disember 2022 berbanding 4.0 peratus yang direkodkan semasa November, manakala inflasi teras dianggarkan pada 4.1 peratus daripada 4.2 peratus sebulan sebelumnya.
"Kesederhanaan inflasi harga pengguna dalam harga makanan dan minuman menyumbang kepada kenaikan inflasi negara yang lebih rendah. Bagaimanapun, berbanding dengan negara-negara rakan serantau serta di seluruh dunia, inflasi kekal stabil secara meluas di Malaysia, kebanyakannya disebabkan oleh subsidi bahan api menyeluruh dan kawalan harga.
"Anggaran menunjukkan bahawa penghapusan sepenuhnya subsidi harga bahan api mungkin akan menyebabkan kenaikan harga pengguna sebanyak 9.0 peratus dan kesan di seluruh sektor dijangka tidak sekata," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Inflasi harga pengguna utama Malaysia dijangka menyederhana antara 2.5 dan 3.0 peratus pada 2023 berbanding 3.3 peratus yang dianggarkan semasa 2022, selepas didorong oleh pelonggaran dalam kekangan bekalan global dan penstabilan harga komoditi.

Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.

Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di Labuan hari ini.

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Kes SRC: Kecewa dengan alasan penghakiman - Shafee
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sangat kecewa dengan alasan yang disediakan dalam penghakiman majoriti bagi permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula kes SRC. #AWANInews

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di peringkat mahkamah.

Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.

Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.

Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee.

Inflasi harga pengguna Malaysia dijangka menyederhana - Bank Dunia
Inflasi harga pengguna utama Malaysia dijangka menyederhana antara 2.5 dan 3.0 peratus pada 2023 berbanding 3.3 peratus yang dianggarkan.