Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah di beberapa negeri, antaranya Pulau Pinang dan Selangor apabila terdapat pelajar yang disahkan positif influenza A.
Kementerian kini meneliti perkembangan terkini wabak itu di semua institusi pendidikan khususnya di sekolah.
"Kementerian melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan melakukan pemantauan berterusan di sekolah-sekolah yang terlibat," menurut KPM dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihak sekolah juga telah diminta supaya mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard Pengawalan Penularan Wabak Influenza A yang dikeluarkan, dengan sebarang operasi penutupan sekolah hanya akan dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
"Sekolah diingatkan juga untuk memantau pelajar atau warga sekolah yang dijangkiti wabak ini. Sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, pelajar perlu diasingkan, berhubung dengan ibu bapa untuk dihantar pulang bagi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, pengetua dan guru besar turut diingatkan untuk sentiasa mewujudkan kesedaran akan bahaya wabak itu kepada semua warga sekolah dengan mengamalkan amalan kebersihan diri yang sempurna.
"Kerjasama juga diharap daripada ibu bapa supaya peka terhadap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah.
"KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas dan serius bagi memastikan kesihatan pelajar dan warga sekolah sentiasa terjamin," menurut kenyataan itu.
Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selesema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.
Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim itu hanya menyebabkan demam selesema ringan kepada orang biasa tetapi boleh mengakibatkan jangkitan yang teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020
KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas dan serius bagi memastikan kesihatan pelajar dan warga sekolah sentiasa terjamin. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
"Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka" - Norman Hakim
Bapa kepada pempengaruh yang terpalit dengan tuduhan penyondol rumah tangga pasangan muda, Marissa Dania Hakim, Norman Hakim akhirnya bersuara.
Kluster ILI dikesan di sekolah menengah berasrama di Petaling
PKD Petaling menerima notifikasi 110 orang pelajar bergejala demam, batuk, selesema serta sakit tekak.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengumpul maklumat berkenaan jumlah pesakit Influenza A di seluruh negara.
12 murid di Sabah dijangkiti Influenza A setakat ini
Pengarahnya Dr Mistirine Radin berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Dr Mahathir akan masuk pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat
Beliau berkata antara keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.
'Dakwaan vaksin cegah influenza kehabisan stok di Melaka tidak betul'
Tegas Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Low Chee Leong kehabisan stok di beberapa klinik swasta seperti ditularkan hanya kes terpencil.
Lima murid dijangkiti influenza di Pahang
Kesemua murid yang dijangkiti Influenza A sedang dirawat di hospital dan seorang yang dijangkiti Influenza B sedang berada di rumah untuk tujuan kuarantin.
Dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang pada Rabu.