Ringkasan AI
- Datuk Radzi Jidin, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menekankan bahawa Petronas perlu diutamakan dalam isu tuntutan kerajaan Sarawak terhadap anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).
- Beliau menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh membiarkan isu antara Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berlarutan dan perlu mengendalikan isu tersebut dengan berhemah untuk mengelakkan kemerosotan kehebatan Petronas.
- Kerajaan Negeri Sarawak mendakwa PCSB melanggar Ordinan Pengagihan Gas 2016 dan mengeluarkan notis 21 hari kepada PCSB untuk memohon lesen yang diperlukan, dengan kegagalan mematuhinya boleh membawa kepada denda. Petronas menegaskan bahawa PCSB beroperasi di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang memberikan kuasa eksklusif kepada Petronas untuk mengawal selia urusan berkaitan petroleum di seluruh negara, termasuk Sarawak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, berkata kerajaan tidak boleh membiarkan isu yang berlaku antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berlarutan.
Katanya, kerajaan perlu mengendalikan isu itu secara berhemah.
"Kerajaan tidak boleh biarkan isu Petronas dan Petros berterusan. Kalau tidak kena caranya, zaman kehebatan Petronas akan hanya tinggal sejarah," katanya di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.
Pada Jumaat lalu, Kerajaan Negeri Sarawak mendakwa PCSB melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016, yang mensyaratkan setiap entiti memperoleh lesen untuk mengurus saluran paip gas.
Ia turut mengeluarkan notis dengan tempoh 21 hari kepada PCSB untuk memohon dan mendapatkan lesen yang diperlukan, dan kegagalan mematuhinya boleh membawa kepada denda di bawah Seksyen 21A ordinan tersebut.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan susulan, Petronas berkata, PCSB diberi kuasa secara statutori di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk menjalankan aktiviti syarikat dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan.
Kenyataan itu turut menekankan bahawa syarikat berkenaan terikat di bawah PDA 1974 yang memberikan kuasa eksklusif kepada Petronas untuk mengawal selia semua urusan berkaitan petroleum di seluruh negara, termasuk di Sarawak.
