awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
TikTok perkenal GamePlan untuk peminat sukan
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKP: Individu ditahan terus meningkat - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2021
10:12 MYT
Ingkar PKP: Individu ditahan terus meningkat - Ismail Sabri
Seramai 642 individu dikompaun dan 74 orang direman manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Seramai 717 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 642 individu dikompaun dan 74 orang direman manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (117), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (68), tiada penjarakan fizikal (235), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (96), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (73) dan lain-lain (128)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: PKPD di Kuarters dan Penjara Taiping bermula esok
Dalam pada itu, katanya pihak berkuasa melalui Operasi Benteng (Op Benteng) semalam telah menangkap 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 10 buah kenderaan darat.
Dalam operasi itu juga, turut dikesan 115 bot atau kapal berada di perairan negara.
Op Benteng melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain yang turut menjalankan 518 Sekatan Jalan Raya (SJR).
Dalam pada itu, semalam, kata Ismail Sabri, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 5,297 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 55 orang disahkan positif COVID-19.
Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 210,613 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 8,096 majikan, katanya.
Daripada jumlah ini sebanyak 4,151 telah disahkan positif COVID-19 manakala 206,462 lagi adalah negatif.
Sehingga kini juga, sebanyak 861 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini, beliau berkata.
"Ia selari dengan arahan kerajaan yang mewajibkan semua pekerja warga asing khususnya di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing-masing," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PKPD
#PKP
#menteri
#Op Benteng
#COVID-19
#operasi
#ingkar
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan