awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKP: Pemandu lori ais ditahan alih penghadang jalan

Petrus Bernard
Petrus Bernard
14/04/2020
02:41 MYT
Ingkar PKP: Pemandu lori ais ditahan alih penghadang jalan
Lelaki tempatan berumur 32 tahun itu ditahan selepas video berdurasi 28 saat dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melalui aplikasi WhatsApp oleh pemandu lain. -Foto video viral
Seorang pemandu lori ais ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan mengalihkan penghadang jalan yang diletak pihak berkuasa di satu laluan pusingan U di batu tiga Jalan Apas-tawau pada Isnin.
Lelaki tempatan berumur 32 tahun itu ditahan selepas video berdurasi 28 saat dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melalui aplikasi WhatsApp oleh pemandu lain.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataan media berkata, ketika lelaki tersebut ditahan, dia mengaku telah mengalihkan penghadang jalan berkenaan lalu melakukan pusingan U.
Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2020, dan Seksyen 26 (1) Akta Polis 1967.
Peter turut menasihati orang ramai supaya tidak mengalihkan penghadang jalan yang telah diletakkan polis bagi mengelakkan mereka ditahan kerana ingkar PKP.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ingkar PKP
#koronavirus
#lori ais
#penghadang jalan
#Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
#perintah kawalan pergerakan
#Peter Umbuas
#Seksyen 269
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan