JIKA anda tidak berkesempatan untuk menonton sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang Jumaat, ini lima perkara yang anda perlu tahu hari ini (29 Mei, 2020).

INI 5 PERKARA UTAMA ANDA PERLU TAHU:

1. Cubaan rentas negeri, 434 kenderaan diarah berpatah balik atas cubaan untuk merentas negeri.

2. Statistik paling banyak cuba rentas negeri melibatkan 87 kes bagi negeri Kedah, 83 untuk Negeri Sembilan dan 59 di Melaka.

3. Tiada kompaun dikeluarkan bagi kesalahan ziarah Aidilfitri.


4. 54,656 pelajar IPT dihantar pulang, 1,193 dihantar pulang pada Jumaat.

5. Temu duga pelajar IPT perlu dibuat secara dalam talian, temu duga secara bersemuka tidak dibenarkan.