KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pakar-pakar perubatan Institut Jantung Negara (IJN) dan pakar perubatan jemputan atas kepakaran serta kebolehan mereka merawat beliau ketika menjalani rawatan di pusat rawatan jantung itu Januari lepas.
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sudah percaya bahawa ajalnya sudah tiba namun dengan rawatan yang diberikan oleh doktor-doktor pakar, penolong doktor serta bantuan daripada pekerja-pekerja di IJN mereka berjaya memulihkan kesihatannya.
"Bagi saya ini adalah satu keajaiban, saya tidak menyangka untuk hidup. Saya menjangka akan mati kerana saya sudah tua dan saya juga menghidap penyakit yang serius yang memberi kesan... mula-mula jantung saya, apabila jantung lemah ia memberi kesan kepada paru-paru dan apabila paru-paru lemah ia memberi kesan kepada buah pinggang dan seterusnya.
"Tetapi entah bagaimana atau lebih tepat doktor memulihkan saya dan akhirnya saya dibenarkan keluar dan agak sihat, bukan seratus peratus tetapi cukup untuk saya meneruskan kerja yang perlu saya lakukan," katanya menerusi saluran rasminya di YouTube CHEDET hari ini.
Tun Mahathir berkata ini sesuatu yang patut dibanggakan kerana rakyat Malaysia tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapat rawatan kerana negara ini sudah mempunyai pakar perubatan yang boleh merawat penyakit serius seperti dialaminya.
"... seperti yang anda tahu saya juga dilatih sebagai doktor dan semasa saya bermula pada akhir 1950-an dan awal 1960-an, pada ketika itu terdapat 'slot khas' untuk doktor Malaysia terutama doktor Melayu, doktor-doktor di hospital pada masa itu dikenali sebagai pembantu pegawai perubatan... tidak ada orang Asia boleh menjadi pegawai perubatan... kerana tiada kepercayaan terhadap doktor Malaysia.
"Saya amat percaya bahawa kita boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Semasa saya (sebagai perdana menteri) saya pernah bercakap bahawa Malaysia kita boleh... kita cekap," katanya.
Dalam video berdurasi kira-kira lapan minit itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, kekal bertenaga dan kelihatan sihat ketika menyampaikan ucapan berkenaan.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Jan bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Jan namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Kata Tun Mahathir, dengan rawatan yang diberikan oleh doktor-doktor pakar, penolong doktor serta bantuan daripada pekerja-pekerja di IJN mereka berjaya memulihkan kesihatannya. - Foto Facebook Tun Dr Mahathir
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini
Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Peguam Dr Mahathir akan menasihatkannya tidak menyertai RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.
Tun M terima rawatan di IJN, perbicaraan kes fitnah ditangguh
Perbicaraan kes saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Selasa ditangguh kepada 19 Julai ini.
'SPRM akan panggil Tun M jika ada bukti terlibat salah guna kuasa'
SPRM tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan terbabit dalam salah guna kuasa.
SPRM nafi dakwaan tidak bertindak atas SD Abdul Murad terhadap Anwar
SPRM menafikan dakwaan Dr Mahathir ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam SD bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Sekejap-sekejap disoal polis, macam saya ini penjenayah' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau diperlakukan seperti penjenayah selepas 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lepas.
Tun M tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, dijangka beri keterangan polis petang ini
Tun Mahathir dijangka memberi kenyataan kepada anggota polis pada jam 3 petang ini.
Ugutan terhadap Mirzan: Tun M adakan sidang media khas Isnin depan
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu sidang media khas pada Isnin depan bagi mengulas isu-isu semasa serta dakwaan mengenai ugutan terhadap anaknya, Mirzan.
Langkah Dubai: Anwar nasihat Tun M jaga kesihatan
"Jaga kesihatan", itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M nafi terlibat Langkah Dubai
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan beliau terlibat dengan Langkah Dubai, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pakar dalam gerakan 'kerajaan pintu belakang'.