awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini kawasan baharu dikenakan PKPD di Sabah dan Ipoh

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/11/2020
10:02 MYT
Ini kawasan baharu dikenakan PKPD di Sabah dan Ipoh
ISMAIL: Kesemua kawasan terlibat akan melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sama seperti yang dilaksanakan sebelum ini termasuk waktu urus niaga perniagaan.
KUALA LUMPUR:Beberapa kawasan di Ipoh, Perak, dan Sabah telah dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 20 November sehingga 3 Disember.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kawasan yang terlibat adalah di Zon B, Zon C Taman Meru 2C Ipoh manakala di Sabah melibatkan Kg. Nahaba dan Kg. Tegudon, Kota Belud, Sabah.
“PKPD yang dilaksanakan Ipoh melibatkan seramai 2,288 penduduk dan 572 buah rumah bagi kedua-dua lokaliti berkenaan.
“Bagi kawasan terlibat di Sabah akan melibatkan seramai 1,740 penduduk di kedua-dua lokaliti ini,” katanya ketika sidang media pada Rabu.
Menurut Ismail Sabri, kesemua kawasan terlibat akan melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sama seperti yang dilaksanakan sebelum ini termasuk waktu urus niaga perniagaan.
Sehingga 16 November 2020, sebanyak 938 saringan telah dilaksanakan dan 76 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Zon B, Zon C Taman Meru 2C Ipoh.
Manakala di kawasan Kota Belud itu, sebanyak 36 kes positif COVID19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti.
Topic Berkaitan
#PKPD
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Ipoh
#Sabah
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan