KUALA LUMPUR:Bukan mudah untuk mana-mana wanita menerima hakikat apabila disahkan menghidap kanser payudara.
Namun, penyakit yang juga musuh nombor satu wanita itu tidak seharusnya mematahkan harapan untuk para pejuang melawan penyakit tersebut.
Bagi pejuang kanser payudara, Siti Nor Hafiza Kamarudin, dia lebih memilih untuk bersikap positif dan mendampingi kumpulan-kumpulan yang sentiasa memberikan semangat ketika mengharungi penyakit tersebut.
"Tetapi sikap positif dalam diri boleh datang sendiri kalau kita sentiasa menukar cara pemikiran kita, dan jangan asyik fikir fasal kematian.
"Seperti saya, saya tidak suka membaca berita pasal pesakit kanser. Kita biasa akan ada kumpulan pejuang kanser, dan dalam banyak kumpulan ini ada satu kumpulan yang tidak pernah menyentuh mengenai kematian.
"Saya sentiasa mengelak perkara-perkara (bercakap mengenai kematian), dan saya kekal dengan satu kumpulan (yang positif)," katanya dalam webinar AWANI bertajuk Lawan Kanser Payudara Kala Pandemik: Apa Yang Anda Perlu Tahu!, pada Rabu.
Diskusi yang dikendalikan oleh Editor Astro AWANI, Jasmine Abu Bakar itu turut disertai Pengurus Besar & Pengarah Perubatan, National Cancer Society Malaysia, Dr. Murallitharan M; Pakar Psikiatri, Hospital Putrajaya, Dr. Siti Halimatul Saadiah Hassan; serta Timbalan Pengurus Besar, Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Vemanna Appanah.
Mengulas lanjut, Siti Nor Hafiza yang merupakan pesakit kanser payudara tahap tiga mengakui bahawa tidak salah untuk berasa sedih, namun pesakit perlu bangkit melawan perasaan tersebut.
Selain itu katanya, beliau sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan aspek kesihatan sentiasa diutamakan khususnya ketika pandemik COVID-19.
Justeru, Siti Nor Hafiza menegaskan bahawa sokongan daripada keluarga dan orang terdekat amat penting kepada pejuang kanser payudara.
"Bagi saya para suami pun perlu memberi sokongan kepada isteri, dan bukan menghina isteri kerana sudah tiada payudara.
"Ya, pertama kali bila doktor memberitahu, saya perlu membuang payudara kanan... perkara pertama yang kita fikir adalah 'habislah aku cacat... suami aku lepas ini cari lain, betul tak?'.
"Suami saya cakap: 'Kenapa awak nak fikir seperti itu, saya kahwin dengan awak bukan sebab payudara... itu hanya perhiasan untuk wanita dan itu bukan sebab utama saya berkahwin dengan awak'. Dari situ saya kuat, jadi sebenarnya sokongan orang sekeliling sangat penting untuk pejuang kanser," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 28 2020

Siti Nor Hafiza yang merupakan pesakit kanser payudara tahap tiga mengakui bahawa tidak salah untuk berasa sedih, namun pesakit perlu bangkit melawan perasaan tersebut. - Astro AWANI

Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Sultan Johor titah cadangkan tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus
Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village.

Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.

Pentingkan keselamatan makanan di bulan Ramadan
Dalam usaha memastikan kebersihan makanan yang disediakan di Bazar Ramadan, KKM sentiasa menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pemeriksaan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Kempen 'Perhati dan Pilih' untuk pengunjung Bazar Ramadan
'Sama-sama Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan" merupakan slogan KKM bagi memastikan pengunjung Bazar Ramadan menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan pengendali makanan yang menjual juadah berbuka puasa.

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

COVID-19: Biden tandatangan RUU, pengubahan status asal usul wabak
Biden berkata pentadbirannya akan mengambil kira keselamatan negara apabila memutuskan perkara yang akan dikeluarkan.

Penasihat WHO gesa China beri semua data asal usul COVID-19
Urutan itu mencadangkan bahawa anjing rakun terdapat di pasar itu dan mungkin juga telah dijangkiti oleh koronavirus.

Pengalaman petugas HKL hadapi COVID-19 dibukukan
Pengalaman petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) melawan wabak COVID-19 tiga tahun lepas diceritakan dalam sebuah buku bertajuk 'Coffee Table Book COVID-19 HKL' yang dilancarkan hari ini.

DKD Industri Muzik buka peluang hasil karya berkualiti tinggi
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik akan dibuka mulai 23 Mac ini.

Trend kejadian keracunan makanan di Perak meningkat tahun lepas
Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini pula, sebanyak enam kes keracunan makanan dicatatkan.

Pulau Pinang yakin capai pertumbuhan KDNK 5.4 peratus menjelang 2025 - Ketua Menteri
Pulau Pinang 2030 akan meningkatkan keupayaan negeri untuk memenuhi unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 5.4 peratus menjelang 2025, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

CEO Pharmaniaga letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope telah meletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Malaysia bakal hantar 677 atlet ke Sukan SEA Kemboja 2023
Malaysia bakal menghantar 677 atlet (403 lelaki, 274 wanita) dan 237 pegawai ke Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.

Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi nyahklasifikasi asal usul COVID-19
DEWAN PERWAKILAN AS SEBULAT SUARA UNDI NYAHKLASIFIKASI ASAL USUL COVID