Seramai 131 individu dan 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Ahad, 6 September 2020):

1) Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 60,340 pemeriksaan (5 September 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

2) PDRM tahan 131 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, 112 individu dikompaun, 17 direman manakala 2 individu dijamin.

3) Op Benteng telah berjaya melakukan 18 tangkapan yang melibatkan 4 tekong, dan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI).

4) Sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM, AKSEM dan ATM.

5) Seramai 9,162 individu jalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.