MALAYSIA
'Ini mungkin malam terakhir' - Haikal Luqman luah risiko tinggi misi kemanusiaan ke Gaza

Haikal memaklumkan kapal misi berada 14 jam dari zon merah dan berdepan kemungkinan ditahan oleh pihak berkuasa Israel. - Foto Threads/haikalluqman_
KUALA LUMPUR: “Ini mungkin malam terakhir kita boleh berbual-bual, esok mungkin sudah ditahan.”
Ringkasan AI
- Haikal memaklumkan kapal misi berada 14 jam dari zon merah dan berdepan kemungkinan ditahan oleh pihak berkuasa Israel, namun tetap bertekad meneruskan pelayaran.
- GSF bukan sekadar menghantar bantuan, tetapi juga bertujuan mendesak pemimpin dunia menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
- Armada laut dari Itali, Sepanyol dan UK mengiringi konvoi sebagai langkah keselamatan, sementara masyarakat antarabangsa terus mengikuti perkembangan misi secara langsung.
Beliau mengakui pasukan misi berdepan kemungkinan ditahan oleh pihak berkuasa Israel, namun tetap bertekad meneruskan pelayaran demi memecahkan kepungan haram dan menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
“Misi ini bukan sekadar menghantar makanan dan ubatan. Ia adalah usaha mendesak pemimpin dunia agar menghentikan kekejaman terhadap rakyat Gaza,” tegas Haikal.
GSF merupakan inisiatif kemanusiaan global yang menghimpunkan aktivis dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, untuk menunjukkan solidariti dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza yang terkesan akibat konflik berpanjangan.
Dalam perkembangan terkini, armada laut dari Itali, Sepanyol dan United Kingdom dilaporkan sedang mengiringi pelayaran GSF di perairan antarabangsa sebagai langkah keselamatan.
Kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan diplomatik terhadap misi kemanusiaan ini.
Misi GSF terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, dengan ramai yang mengikuti perkembangan secara langsung melalui media sosial dan saluran rasmi.
Ketegangan semakin memuncak menjelang detik kritikal pelayaran ke zon merah Gaza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami