"Ini mungkin ciuman dan pelukan terakhir saya... entah ada rezeki lagi atau tidak untuk saya mencium tangan emak dan ayah di masa depan."
Itu luahan Pak Sodok, 49, banduan Penjara Penor di sini, yang dilihat tidak berenggang daripada sisi orang tuanya yang berusia 75 dan 78 tahun pada program Jalinan Kasih hari ini.
Dia yang menjalani hukuman penjara 30 tahun kerana kesalahan merogol berkata ia merupakan pelukan dan ciuman pertamanya sejak menjalani hukuman pada tahun 2012.
"Warden beritahu, saya terpilih menjadi sebahagian daripada peserta program dua hari lalu dan sejak itu, saya tidak senang duduk kerana sering menghitung waktu. Saya mahu hari ini segera menjelma.
"Saya gembira tapi dalam masa sama sedih juga kerana menyusahkan orang tua yang uzur melalui perjalanan jauh dari Batu Rakit, Terengganu untuk ke sini," katanya semasa ditemui Bernama pada program itu.
Pak Sodok yang mendapat gelaran itu kerana bekerja sebagai pemandu jentera berat sebelum dihukum mengakui gembira kerana masih dapat merasai 'pengalaman berhari raya' termasuk berpeluang memakai baju Melayu berwarna hijau epal.
Katanya, hatinya mula terusik melihat tiga abang dan kakaknya turut serta dalam program itu, namun air matanya mulai gugur apabila ternampak kelibat dua anaknya yang berusia sembilan dan 12 tahun.
Bagi Dey, 33, yang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana kesalahan dadah mengakui dirinya seperti tidak percaya apabila melihat kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang lincah dan enggan duduk diam itu adalah anaknya.
"Saya kehilangan kata-kata bila anak panggil abah. Itu kali pertama saya dengar kerana dia hanya berusia 100 hari semasa saya ditangkap...sebak kerana dia mengenali saya mungkin disebabkan bekas isteri sering menunjukkan gambar.
"Saya hilang peluang untuk melihat anak membesar. Abang-abangnya juga sudah besar...sudah berusia 11 dan tujuh tahun, begitu berbeza daripada semasa kali terakhir saya boleh memegang mereka," katanya.
Dey berharap masyarakat di luar dapat mengambil pengajaran daripada kisahnya supaya berfikir panjang dalam apa jua tindakan supaya tidak terjebak dalam kesalahan yang akhirnya merugikan diri.
Sementara itu, Pengarah Penjara Panor Datuk Abu Hassan Hussain berkata seramai 24 banduan daripada 2,254 penghuni penjara itu terpilih pada program itu, berdasarkan tingkah laku dan disiplin yang baik.
"Kita berharap mereka mengambil peluang ini untuk merapatkan kembali hubungan silaturahim sesama keluarga dan mungkin berbincang mengenai perancangan masa depan untuk mereka yang berpeluang dibebaskan.
"Banduan amat memerlukan sokongan keluarga apabila mereka dibebaskan untuk memulakan kehidupan baru," katanya.
Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Seri Johny Ch'ng Ewe Gee.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2019
Seramai 24 banduan daripada 2,254 penghuni penjara itu terpilih pada program itu, berdasarkan tingkah laku dan disiplin yang baik.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Berbaju Melayu biru muda, PM Anwar sampaikan Kenyataan Negara di UNGA ke-78
Menaiki pentas dengan bergaya, Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu akan menyampaikan Kenyataan Negara di hadapan para pemimpin dunia.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Polis cari penunggang buat aksi 'wheelie' pakai baju Melayu di Kota Bharu
Polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita.
PKPB: Tempahan berkurang, tukang songkok buatan tangan tidak berputus asa
Biarpun menganggap kemeriahan Syawal tidak seperti tahun sebelumnya, namun itu tidak menghalang seorang tukang songkok untuk menerima tempahan songkok dari pelangggannya.
Siap berbaju Melayu, SpongeBob ucapkan selamat menyambut Ramadan
Spongebob SquarePants dan Patrick Star, berbaju Melayu serta berkain samping bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada umat Islam.
Tahukah anda setiap bahagian rekaan Baju Melayu punya maksud tersendiri?
Anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada Baju Melayu mempunyai maksud tersiratnya sendiri.
#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.
Baju Melayu, songket Melaka tonjol semangat kebangsaan Faiz Subri di Zurich
Persalinan lengkap baju Melayu berserta songket yang bakal dipakai Mohd Faiz Subri pada Anugerah Puskas 2016 di Zurich Isnin depan, sinonim dengan semangat jati diri yang ditonjolkan oleh beliau.