awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini sebab kenapa kita tidak perlu 'lockdown' seperti dahulu - Pakar epidemiologi

Israr Khalid
Israr Khalid
08/02/2022
03:26 MYT
Ini sebab kenapa kita tidak perlu 'lockdown' seperti dahulu - Pakar epidemiologi
Kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat telah membentuk perlindungan kolektif yang lebih baik, meskipun jangkitan baharu COVID-19 masih tetap boleh berlaku. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat telah membentuk perlindungan kolektif yang lebih baik, meskipun jangkitan baharu COVID-19 masih tetap boleh berlaku.
Maka menurut pakar epidemiologi di Griffith University Australia, Dr Dicky Budiman, meletakkan negara kembali ke sekatan ketat atau “lockdown” seperti dahulu sebelum mendapat vaksin adalah langkah yang tidak wajar.
Cuma, tegasnya, tahap perlindungan kelompok itu perlu dipertingkatkan lagi dengan pengambilan dos penggalak oleh setiap warga yang layak.
“Dalam era Omicron ini, ‘lockdown’ tidak diperlukan kerana kita sudah punyai kekebalan komuniti dengan vaksinasi ini, dan rata-rata untuk beberapa negara ASEAN sudah di atas 70 peratus kadar vaksinasi satu dosnya.
“Berbicara tentang COVID-19 ini, varian-varian akan terus muncul dan Omicron ini bukan yang terakhir.
"Maka sehingga ke depan kita harus meningkatkan cakupan vaksinasi bukan hanya dua dos tapi juga ‘booster’nya sehingga kita tidak perlu sekatan yang kuat apatah lagi ‘lockdown’.”
Katanya, jangkitan akan tetap berlaku terutamanya apabila varian baharu yang muncul nanti lebih mudah menjangkiti, tetapi dengan adanya perlindungan komuniti dapat menurunkan angka yang dimasukkan ke hospital apatah lagi yang meninggal dunia.
Justeru, tegas beliau, cakupan vaksinasi sehingga tiga dos perlu diperluaskan supaya risiko untuk kembalinya sekatan-sekatan ketat dapat dikurangkan.
Tonton temu bual penuh Dr Dicky bersama hos Nazri Kahar dalam program Agenda AWANI, di sini:
Ini sebab kenapa kita tidak perlu lockdown macam dulu - Pakar epidemiologi
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#lockdown
#Pakar Epidemiologi
#Dicky Budiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan