Skip to main content

Malaysia

Kerajaan menang rayuan berhubung perintah pelarasan pencen RM1.7 bilion

51754482801_mahkamahrayuan.jpg
Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Chong Fong, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, dalam permohonan semakan kehakiman difailkan Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar. -Gambar fail

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini berjaya dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar tunggakan pencen berjumlah RM1.7 bilion kepada 531,976 pesara berdasarkan gaji terakhir mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.

Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Chong Fong, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, dalam permohonan semakan kehakiman difailkan Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar.

Advertisement

Dalam keputusan sebulat suara itu, Azhahari berkata isu pelarasan pencen telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini pada 2022 berhubung tindakan undang-undang pertama Aminah (saman pemula (OS) pada 2017.

Berikutan keputusan hari ini, kerajaan tidak lagi perlu membayar jumlah tersebut kepada pesara berkenaan.

Aminah, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 12 Jan 2024, atas kapasiti beliau sendiri dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam.

 

 

Must Watch Video