Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengeluarkan senarai 26 hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Infografik yang dikeluarkan KKM menunjukkan daripada jumlah itu 15 hospital terdapat di Semenanjung, enam di Sabah, empat di Sarawak dan satu di Labuan.
Hospital-hospital yang terlibat di pantai barat Semenanjung adalah Hospital Tengku Fauziah di Kangar Perlis, Hospital Pulau Pinang (Georgetown), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar) dan Hospital Langkawi (Padang Matsirat) di Kedah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (Ipoh, Perak), Hospital Sungai Buloh (Selangor), Hospital Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan), Hospital Tuanku Ja'afar (Seremban, Negeri Sembilan), Hospital Melaka dan Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru).
Di pantai timur, di Kelantan mereka dengan tanda-tanda penyakit kornavirus akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bahru), Hospital Kuala Krai dan Hospital Tumpat; di Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu) dan di Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan).
[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Di Sabah pula hospital yang terlibat adalah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (Kota Kinabalu), Hospital Dutches of Kent (Sandakan), Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau. Selain itu Hospital Wilayah Persekutuan Labuan juga turut dijadikan hospital rujukan bagi jangkitan virus itu.
Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (Kuching), Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu dipilih mengendali kes-kes mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi 2019-nCoV.
Jangkitan kluster 2019-nCoV di seluruh negara terkawal dengan hanya empat warga China disahkan positif bagi jangkitan itu sehingga pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020
Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh adalah antara 26 hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes koronovirus. - Gambar fail
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
AS tak senang Malaysia pertahankan Iran
Mohamed Nazri memaklumkan, ini kali kedua beliau dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak mula bertugas lebih setahun yang lalu.
Bantuan untuk selesaikan isu bekalan air, miskin tegar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan 20 juta ringgit bagi menyelesaikan isu bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda Kelantan sehingga menyaksikan penyurutan air sungai dan menjejaskan tanaman padi.
Cadangan wujud unit integriti dalam Pejabat Menteri Besar
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercadang untuk mewujudkan unit integriti di dalam Pejabat Menteri Besar bagi mengurus tadbir kerajaan dengan lebih telus dan berwibawa.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa depan.
KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti yang ditularkan.
76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.
Vaksin COVID-19: 37 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos - JKJAV
Setakat semalam juga, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah sebanyak 29,886,548 dos.
Libatkan DBP untuk santuni masyarakat berkaitan vaksin - Prof Madya Jessica
Perkara ini bagi memastikan maklumat disampaikan lebih jelas dan tidak berlaku ketidaksantunan Bahasa ketika krisis ini
Jawatankuasa bersama Armada, Srikandi Muda bantu lancar proses suntikan vaksin
Penubuhan Jawatankuasa Kerja bersama Armada dan Srikandi Muda membantu kerajaan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan dalam melancarkan proses vaksinasi di PPV.
Pendidikan alaf baru: Kandungan perlu kreatif, inovatif dan dinamik
Kandungan pendidikan perlu profesional selain perlu ada ruang interaktif yang membolehkan pelajar bertanya kepada pengajar.
Vaksin COVID-19: Jumlah suntikan harian mencapai angka 157,949
Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencapai angka 157,949 pada Khamis.
Pastikan keterbukaan dan kesaksamaan dalam pelaksanaan Parlimen hibrid
Kerajaan perlu memastikan keterbukaan dan prinsip kesaksamaan dipraktik dalam sidang Parlimen hibrid yang masih dalam tempoh kajian ketika ini.
Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial.
Vaksin COVID-19: Lebih 400,000 terima dos kedua, 8.94 juta telah berdaftar
Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 98,469 diikuti Kuala Lumpur (78,087), Sarawak (68,608), Johor (65,159) dan Sabah (56,184).