Kehidupan sebagai saudara baru Islam atau lebih dikenali sebagai mualaf sememangnya mencabar terutamanya yang hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.
Ada antara mereka yang dibuang keluarga malah ada yang kehilangan pekerjaan.
Keadaan ini menjadikan ramai antara mereka terpaksa mencari alternatif lain bagi meneruskan kehidupan dan mencari perlindungan.
Bagi menjaga kebajikan mereka, Jabatan Kemajuan Islam menerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperkenalkan Kompleks Darul Hidayah bagi memberikan perlindungan sementara serta bimbingan berterusan kepada mereka.
Majlis perasmiannya diadakan pada Rabu mencatatkan sejarah baru apabila ia menjadi kompleks pertama yang memfokuskan kepada perlindungan dan pendidikan mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menekankan bahawa penubuhan ini amat penting bagi kelangsungan usaha dakwah kepada saudara baru.
"Ia bertujuan meneruskan fungsi pengurusan saudara baru sedia ada dengan memastikan aspek kebajikan khususnya dari sudut penjagaan dan pendidikan agar dapat dilaksanakan selaras dengan fungsi JAWI sebagai agensi pelaksana kepada dasar MAIWP dalam hal ehwal mualaf di Wilayah Persekutuan," katanya.
Malah, ketika ditemui media, Datuk Seri Jamil Khir turut memberitahu, usaha ini turut mengurangkan kesan sosial yang dialami mualaf selepas memeluk Islam.
"Di sini ada kemudahan pengajian dan juga penginapan yang mampu menampung sehingga 200 orang pada satu-satu masa.
"Bagi yang berkeluarga, penginapan untuk mereka turut disediakan sementara mereka mampu memulakan kehidupan.
"Kelas pengajian juga turut dibuka kepada yang berminat mengikut modul terkini yang kami sediakan," katanya ketika ditemui media.
Kompleks Darul hidayah terletak di Sentul, Kuala Lumpur dibina atas tanah seluas 0.8 hektar dengan dilengkapi asrama, dewan dan bilik kuliah boleh memuatkan 300 orang dalam satu-satu masa.
Kemudahan saguhati turut disediakan kepada saudara baru sekiranya mereka tidak mempunyai pekerjaan selain terpaksa melalui kesulitan lain selepas bergelar mualaf.
Hilal Azmi
Thu Mar 08 2018
Majlis perasmian Kompleks Darul Hidayah yang diadakan pada Rabu di ibu negara. - Astro AWANI/Hilal Azmi
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.