Kementerian Pertahanan akan melaksanakan inisiatif baharu bagi memperkukuhkan lagi keselamatan di Sabah termasuk daripada ancaman kumpulan militan Daesh dan pencerobohan, kata Menterinya Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata inisiatif tersebut merupakan tambahan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif menyeluruh yang sedang dilaksanakan ketika ini melibatkan tiga cabang perkhidmatan utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara.
Katanya menerusi inisiatif baharu itu, antara lain Tentera Darat merancang untuk menempatkan Briged Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Felda Sahabat bagi memantapkan pertahanan darat di kawasan tersebut.
"Tentera Darat turut akan menerima 20 buah kenderaan perisai 4x4 (Lipan Bara) di mana kenderaan ini dilengkapi dengan senjata Gatling Gun dan akan ditempatkan di Lahad Datu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tawau, di sini, hari ini.
Menurutnya ATM telah mengenal pasti lima lokasi yang perlu diberi tumpuan untuk mengawal dan memantau perairan pantai timur Sabah.
Katanya, lokasi itu akan menempatkan Sistem Pemantauan Pesisir Pantai menggunakan radar AESA Spexer 2000 yang dilengkapi dengan Sistem Identifikasi Automatik (AIS), Electro-Optical (EO) dan peralatan 'bandwidth management'.
Selain itu, bagi mengukuhkan pertahanan udara Sabah, Hishammuddin berkata empat buah lagi helikopter Agusta A109 LOH ditempatkan di Esscom yang turut dilengkapi dengan sistem persenjataan M134D Gatling Gun.
"Manakala enam buah helikopter tempur ringan MD530 yang kini dalam proses perolehan turut akan ditempatkan di Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Lahad Datu.
"Tidak pernah dalam sejarah tentera udara di Malaysia ada helikopter ini yang dilengkapkan dengan senjata... tapi kali ini untuk Sabah kita buat," katanya.
Mengenai perkembangan penubuhan 31 Briged Sempadan, Hishammuddin berkata dalam tempoh lapan bulan penubuhannya sejak awal Januari tahun ini, hampir 40 peratus anggota telah direkrut bagi melengkapkan lima batalion yang diperlukan.
"Proses peralihan aset dan logistik untuk briged ini turut berjalan lancar dan saya sendiri akan terus memantau bagi memastikan briged ini memperoleh status operasi oleh tentera darat pada penghujung 2017 dapat direalisasikan," katanya.
Hishammuddin berkata antara perkara yang diberi keutamaan dalam penubuhan briged itu termasuk menambah bilangan anggota yang berasal dari Sabah dan Sarawak untuk mengisi baki kekosongan sebanyak 1,400 perjawatan briged berkenaan.
"Anggota dari Sabah dan Sarawak mempunyai pengetahuan setempat yang pastinya memberi kelebihan kepada pasukan," katanya.
31 Briged Sempadan ditubuhkan bagi mengimbangi bebanan tugas pasukan infantri sedia ada di Sabah dan Sarawak serta menambah keberkesanan pengawasan sempadan daratan sepanjang 2019.5 kilometer di antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan dengan cadangan penambahan sebanyak 18 buah pos di sempadan.
Sementara itu, Hishammuddin ketika ditanya mengenai kes penculikan di perairan Pom Pom di Semporna malam tadi, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan menjalin kerjassama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Keselamatan Negara dalam menanganinya.
Komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid hari ini mengesahkan menerima laporan pada pukul 1.59 pagi tadi berkaitan satu kes culik di perairan Pom Pom.
Bernama
Sun Sep 11 2016
HISHAMMUDDIN: Empat buah lagi helikopter Agusta A109 LOH ditempatkan di Esscom yang turut dilengkapi dengan sistem persenjataan M134D Gatling Gun.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.