awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/11/2024
09:54 MYT
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).

Ringkasan AI
  • UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12 di Beirut, dengan semua enam anggota yang cedera kini selamat di Kem Marakah.
  • Lima anggota yang cedera ringan selamat tiba pada hari kejadian, dan seorang anggota yang dirawat di Hospital Hamood telah dibenarkan keluar.
  • ATM meneruskan rancangan pertukaran trup antara MALBATT 850-11 dan MALBATT 850-12, dengan kumpulan kedua dijangka berlepas pada 10 November.

Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat tiba ke destinasi di Kem Marakah.
ATM menjelaskan, konvoi berkenaan selamat tiba pada hari kejadian jam 5.08 petang waktu Lubnan bersama lima daripada enam anggota yang cedera ringan.
Salah seorang anggota yang menerima rawatan di Hospital Hamood juga telah dibenarkan keluar hari ini jam 12.01 pagi waktu Lubnan dan kini berada di Kem Marakah bersama anggota lain.
Rawatan susulan terhadap anggota yang mengalami kecederaan akan diteruskan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850 dan mereka meneruskan tugasan seperti biasa apabila pulih sepenuhnya.
ATM akan meneruskan rancangan pertukaran trup antara MALBATT 850-11 dan MALBATT 850-12 mengikut jadual yang telah dirancang oleh UNIFIL.
Seramai 219 orang kumpulan kedua MALBATT 850-12 dijangka akan berlepas pada 10 November ini manakala trup MALBATT 850-12 yang masih berada di Malaysia tetap menjalankan tugas seperti biasa dan sedang bersiap sedia sebelum diatur gerak ke Lubnan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#MALBATT
#ATM
#letupan Beirut
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan