awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama

Faida Rahim
Faida Rahim
15/08/2023
14:17 MYT
Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama
Radzi memberitahu, program pembayaran deposit bagi pembelian rumah subjualan tercetus selepas mendengar keluhan golongan M40 yang layak membuat pinjaman bank namun tidak memiliki wang muka mencukupi. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Program inisiatif BAITI menawarkan bantuan kewangan kepada golongan M40 memiliki rumah pertama mereka di Lembah Klang dan Selangor.
Pengasas BAITI, Radzi Tajuddin memberitahu, program pembayaran deposit bagi pembelian rumah subjualan tercetus selepas mendengar keluhan golongan M40 yang layak membuat pinjaman bank namun tidak memiliki wang muka mencukupi.
"Kita bantu pembeli rumah pertama, dengan bayaran muka 10 peratus.
"Kebanyakan orang yang kita jumpa mereka boleh dapatkan pinjaman tetapi mereka ada masalah untuk mendapatkan bayaran muka 10 peratus. Kalau rumah RM500 ribu maknanya perlu RM50,000, susah untuk dapatkan dalam keadaan sekarang," katanya di majlis pelancaran perasmian insiatif BAITI.
Program itu turut mendapat kerjasama tiga syarikat swasta Hi Home Capital Sdn Bhd, Asiah Hisam Advocates & Solicitors dan AFC Mortgage.
Kata Radzi lagi, bakal pembeli rumah di bawah inisiatif ini perlu melalui proses saringan kelayakan gaji yang bersesuaian dengan harga rumah.
"BAITI turut mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 permohonan daripada kumpulan M40 untuk membeli rumah pertama dalam anggaran RM400 ribu ke RM750 ribu di Lembah Klang dan Selangor dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang," ujarnya.
Sementara itu, penerima inisiatif BAITI, Roy Haiza Abdellah berkata, dia berpuas hati dengan perjalanan proses pembelian rumah di Bandar Seri Putra pada tahun lalu.
"Saya tahu daripada seorang kawan. Mereka yang berminat beli rumah boleh terus layari baiti.my dan baca terma disediakan.
"Program ini sangat mudah dan saya syorkan kepada mereka yang ingin memiliki rumah pertama," katanya.
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#COVID-19
#EPF
#BAITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan