Inisiatif Felda 2.0 yang bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Lurah Bilut pada 4 Feb depan akan menjadi titik mula perubahan wajah baharu bagi 317 kawasan tanah rancangan itu di negara ini.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, berbeza dengan tujuan asal penubuhan tanah rancangan itu kira-kira 60 tahun lalu yang hanya menumpukan terhadap aspek meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar, Inisiatif Felda 2.0 pula menumpukan pada usaha mewujudkan komuniti pintar dan mampan.
"Kerajaan mulakan Felda dahulu untuk pembangunan modal insan, sebab itu kita lihat cara peneroka dipilih terdiri daripada keluarga miskin dan tidak ada tanah supaya boleh membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
"Namun kali ini kita akan mengukuh dan membangunkan komuniti dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak termasuk dalam bidang kesihatan, pendidikan dan teknologi yang setaraf dengan kemudahan di bandar.
"Selain itu menerusi Inisiatif Felda 2.0 ini, kita bukan sahaja akan melahirkan komuniti yang sihat dan berdaya tahan tetapi juga lestari dari segi ekonomi juga alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga Felda Lurah Bilut, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong dan Pengarah Besar Felda Datuk Abdul Ghani Mohd Ali.
Menurut Shahrir secara keseluruhan terdapat sebanyak 11 wilayah Felda di seluruh negara dan sebagai permulaan pada tahun ini sebanyak tiga wilayah termasuk Felda Lurah Bilut terpilih untuk menjalani transformasi Inisiatif Felda 2.0.
"Setiap wilayah akan diberikan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk menambah baik kemudahan-kemudahan yang ada seperti pejabat, jalan raya dan akan dijalankan dengan kerjasama agensi serta kementerian lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya.
Menurutnya Felda Lurah Bilut dipilih untuk perintis inisiatif Felda 2.0 kerana ia adalah tanah rancangan pertama dalam percubaan pertama kerajaan membangunkan modal insan 60 tahun lalu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana negara di dunia.
Selain itu, katanya, kira-kira 6,000 penduduk Felda Lurah Bilut, di sini bakal menikmati taraf kehidupan sama seperti di bandar menerusi pelaksanaan projek Lembah Digital Bilut berikutan kawasan itu bakal dilengkapi pelbagai infrastruktur seperti capaian internet berkelajuan 4G (Generasi Keempat) dan jalur lebar gentian optik.
Sementara itu, lebih 1,000 warga Felda Lurah Bilut memeriahkan Hari Keluarga yang julung kali diadakan di tanah rancangan tertua di negara yang diisi dengan pelbagai acara termasuk pertandingan futsal, sukan rakyat dan gotong royong kenduri kampung.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
Tan Sri Shahrir Abdul Samad (kanan) bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kiri) melihat peralatan yang digunakan oleh peneroka generasi ketika hadir pada Hari Keluarga Felda Lurah Bilut 2018 hari ini. - Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.