Kira-kira 80 sukarelawan berlari-lari mengejar beberapa ekor kucing jalanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Bukan sahaja mengah berlari, malahan ada antara mereka yang hampir tersungkur gara-gara mahu menangkap kucing-kucing tersebut.
Tidak kurang juga apabila kucing di tangan terlepas dan berlari jauh menyembunyikan diri.
Bagaimanapun, usaha mereka yang terdiri daripada penuntut UIAM, berjaya menyelamatkan lebih 10 ekor kucing jalanan di institusi pengajian tinggi awam itu.
Biarpun keletihan, penat lelah mereka seolah-olah 'terbayar' apabila mengetahui nasib si comel bakal terbela selepas ini melalui program 'Catch A Cathon: Relocation and Adoption Event' yang dianjurkan Kelab Abu Hurairah, sebuah kelab penyelamat haiwan dengan kerjasama sebuah klinik veterinar Maya dan Mama Cat Wangsa Maju
Penasihat kelab tersebut, Zarinah Jan Yusof Khan berkata program itu menyasarkan untuk menyelamatkan 30 sehingga 40 ekor kucing jalanan di sekitar kampus tersebut.
"Selepas diselamatkan dan diberi rawatan sepatutnya, kucing-kucing tersebut akan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perasmian program itu pada Isnin.
Zarinah Jan yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Inggeris UIAM berkata matlamat utama mereka adalah untuk menubuhkan sebuah rumah perlindungan haiwan khusus buat kucing jalanan, awal tahun depan.
Katanya rumah perlindungan haiwan itu tidak hanya memberi tempat selamat buat haiwan yang 'tersesat' dan terbiar di kampus tetapi juga mengajar mahasiswa erti belas kasihan terhadap haiwan.
Beliau berkata pihaknya ingin mengikuti jejak langkah Universiti Karabuk dan Universiti Istanbul di Turki, yang telah menubuhkan rumah perlindungan haiwan di kampus mereka.
"Kami bukan sahaja menyelamatkan kucing tetapi semua jenis haiwan termasuk monyet, tupai dan burung dengan memberi mereka kehidupan baharu.
"Di Turki, semua orang bertanggungjawab menjaga haiwan. Jadi, kami mahu mengaplikasikan cara mereka dan membawanya ke sini.
"Saya pernah mengajar di sana hampir dua tahun, jadi saya banyak memerhati bagaimana penduduk di sana menolong haiwan jalanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 23 2019
Persiapan akhir ahli Kelab Abu Hurairah pada Ahad bagi menjayakan 'Catch A Cathon: Relocation and Adoption Event'. - Facebook@Abu Hurairah Club IIUM
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Inisiatif UIAM selamatkan kucing jalanan
Usaha mereka yang terdiri daripada penuntut UIAM, berjaya menyelamatkan lebih 10 ekor kucing jalanan di institusi pengajian tinggi awam itu.